Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Universiti Kebangsaan Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UKM


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
system integrationpersepaduan sistemTeknologi MaklumatTiadaProses penggabungan dua atau lebih sistem atau subsistem menjadi satu sistem yang terjalin rapi yang saling operasi antara satu sama lain. Sinergi sistem hasil persepaduan ini menjadikan fungsi sistem yang lebih berkesan dan lebih baik dibandingkan dengan setiap subsistem secara sendirian. Contohnya sistem maklumat universiti UKM (rujuk www.ukm.my)
electronic mail addressalamat mel elektronikTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada pengenalan pengguna yang berdaftar dengan sesuatu pelayan mel elektronik yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi tempat pengguna itu bekerja (seperti dpb (Dewan Bahasa dan Pustaka), ukm (Universiti Kebangsaan Malaysia), dan lain-lain), atau organisasi perniagaan/bebas (seperti yahoo, mimos, tmnet dan lain-lain). Alamat mel elektronik (atau e-mel) berbentuk seperti berikut: @ Contohnya, arh@dbp.gov.my bermaksud pengguna arh berdaftar dengan pelayan e-mel yang nama domainnya ialah dbp.gov.my. Pelayan e-mel akan menyediakan fail kotak e-mel yang saiznya bergantung kepada sesuatu organisasi (contohnya 1MB atau lebih) untuk menyimpan e-mel yang diterima, dihantar keluar ataupun disimpan oleh pengguna tersebut.
electronic libraryperpustakaan elektronikTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan perpustakaan yang diuruskan secara elektronik iaitu perkhidmatan pinjaman/pemulangan, pencarian maklumat, rujukan dan bimbingan pengguna, katalog awam dalam talian, dan sistem pembekalan penerbitan elektronik. Contohnya perpustakaan Tun Seri Lanang UKM (melalui sistem GEMILANG), perpustakaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM (melalui sistem ….), perpustakaan Sultanah Zanariah UTM (melalui sistem ORBIT) dan perpustakaan DBP. Banding perpustakaan digital dan perpustakaan maya.
electronic libraryperpustakaan elektronikTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan perpustakaan yang diuruskan secara elektronik iaitu perkhidmatan pinjaman/pemulangan, pencarian maklumat, rujukan dan bimbingan pengguna, katalog awam dalam talian, dan sistem pembekalan penerbitan elektronik. Contohnya perpustakaan Tun Seri Lanang UKM (melalui sistem GEMILANG), perpustakaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM (melalui sistem ….), perpustakaan Sultanah Zanariah UTM (melalui sistem ORBIT) dan perpustakaan DBP. Banding perpustakaan digital dan perpustakaan maya.
HerbariumHerbariumPertanianTiadaTempat untuk menyimpan sampel bahagian-bahagian tumbuhan yang dikapit, dikeringkan dan dilekapkan dan disimpan mengikut sistem pengkelasan tertentu. Fungsinya adalah sebagai sumber rujukan, penyelidikan dan pendidikan. Contoh Herbarium di Malaysia adalah di FRIM, MARDI, UM, UKM dan UPM.
herbariumherbariumHerbaBotani dan BioteknologiKoleksi sampel tumbuhan yang telah ditindih dan dikeringkan. Tumbuhan ini ditampal pada kertas keras dan tebal. Setiap helaian tersebut dikenali sebagai spesimen herbarium. Maklumat mengenai nama tumbuhan, lokasi dan tarikh kutipan serta nama individu yang mengutip sampel dicatatkan pada label spesimen. Label ditampal di sebelah kanan bucu atas helaian kertas tersebut. Spesimen ini disusun mengikut famili tumbuhan dan disimpan di dalam kabinet di bilik khas. Contohnya, herbarium di FRIM, MARDI, UKM, UPM dan UM.
Executive Information System (EIS)Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)Teknologi MaklumatTiadaSejenis sistem sokongan keputusan (DSS) yang direka bentuk untuk menyediakan keperluan maklumat kepada pihak pengurusan atau eksekutif atasan dan pertengahan bagi membantu membuat keputusan. EIS menyediakan capaian mudah dan pantas maklumat strategik organisasi berkenaan dalam bentuk visual dan grafik yang berstruktur dan mudah difahami. Kebolehan penting EIS ialah gerudi ke bawah iaitu mencapai paparan terperinci satu demi satu menurut turutannya. Contohnya ialah Sistem Maklumat Eksekutif Universiti Kebangsaan Malaysia yang digunakan oleh naib canselor dan pengurusan atasan bagi mengurus dan mentadbir universiti. Kunjungi www.ukm.my/sme. Lihat sistem sokongan keputusan.

Kembali ke atas