Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Universiti Malaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana yang betul? Universiti Malaya (UM) atau UM (Universiti Malaya)Jawapan yang betul ialah Universiti Malaya (UM).Lain-lain05.05.2010
Apakah ayat yang sesuai bagi pembahagian hari Konvokesyen samada Bahagian atau Sidang? contoh : Bahagian 1, Konvokesyen UM - Canselor Bahagian 2, Konvokesyen UM - Pro Canselor atau Sidang 1, Konvokesyen UM - Canselor Sidang 2, Konvokesyen UM - Pro CanselorBahagian, Sesi dan Sidang, semuanya boleh digunakan namun lazimnya IPT menggunakan perkataan sidang.Tatabahasa30.04.2015
A'um / selamat malam... Bagaimana hendak membezakan antara adjung dan komplemen dalam ayat? Contohnya: Aminah menyapu sampah di halaman rumah. "di halaman rumah" adjung atau komplemen? Tolong jelaskan sedikit.Adjung ialah unsur sekunder dalam binaan linguistik yang boleh digugurkan tanpa menjejaskan binaan ayat. Cth. Kereta baharu itu dilancarkan kelmarin(adjung). Komplemen ialah bahagian frasa yang diperlukan untuk menyempurnakan ayat. Cth. Dia menjadi guru. Dia menyatakan bahawa ibunya sakit. Tatabahasa02.03.2008
[Kaboi] ialah istilah bagi [kumbang] di utara Malaysia(uM) . Dialek Kelantan pula disebut [Kabo]. Dalam ejaan baku. [-o][uM] biasanya ditulis sebagai [-u] eg. sagon--> sagun. Jadi [Kaboi] cara baku adalah [Kabui]. Kamus Dewan 4 memasukkan kedua-dua [kaboi] dan [kabui] mengelirukan saya .Dalam sektor pertanian, jumpanya perkataan [Kumbang Kaboi Perang](Adoretus compresus) dan [Kumbang Kaboi Hitam](Apogonia sp.). Nampaknya Kaboi lebih cenderung penamaan kepada [chafer Bettle] atau [cockchafer]. a) Apakah jenis kumbang dalam KD4 ([Kaboi] sj kumbang.) ? b) Adakah Penggunaan [Kumbang + Kaboi] itu sah? b) Apakah istilah untuk [chafer] & [cockchafer] dalam MelayuBerdasarkan maklumat daripada Kamus Dewan, kaboi ialah kumbang dan kabui ialah kumbang tanduk. Dalam bidang bilogi dan perhutanan chafer ialah kumbang Mei dan cockchafer ialah kumbang kabai.Istilah04.07.2015
macam mana untuk mendapatkan sumber tesis secara online?

Saudara boleh merujuk Katalog Perpustakaan Atas Talian seperti gemilang.ukm.my/,

www.umlib.um.edu.my/ , lib.iium.edu.my untuk mendapatkan bahan tersebut.

Lain-lain06.03.2008
Semakan ayat: Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk merujuk semula Kertas Mesyuarat Khas yang telah diadakan pada 21 Mei 2014. Untuk maklumantuan/puan, ia juga boleh dicapai melalui laman web http://emeeting.um.edu.my/.Ayat tersebut boleh dibaiki seperti yang berikut:

Mohon kerjasama tuan/puan untuk merujuk semula Kertas Mesyuarat Khas yang telah diadakan pada 21 Mei 2014.  Untuk makluman tuan/puan, Kertas Mesyuarat Khas itu boleh juga dicapai melalui laman web um.edu.my/">http://emeeting.um.edu.my/ .
Lain-lain08.07.2014
Salam,saya pelajar UM yang sedang menjalankan kajian mengenai sistem ejaan jawi yang digunapakai oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dalam karyanya yang terdapat di ANM. Tajuk kajian saya " Sejarah Perkembangan Sistem Tulisan Jawi Awal Abad ke 20 : Kajian terhadap Karya Sheikh Tahir Jalaluddin". Saya ingin bertanya pihak DBP mengenai siapa yang patut saya tanya @ temubual serta prosedur apakah yang perlu saya lakukan bagi mengesahkan kaedah tulisan Jawi yang digunakan oleh Sheikh Tahir? Sekian,terima kasih...Waalaikumussalam.

Untuk bertanyakan soalan tentang Sistem Tulisan Jawi Awal Abad Ke-20, kami cadangkan puan menghubungi tuan Haji Hamdan Abdul Rahman di talian 013 3472346.  Terima kasih.
Penyelidikan08.12.2014
Ishak Sairozi Jun 19th, 11:49am Assalammualaikum w.b.t... Saya Ishak Sairozi, Yang DiPertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Saya ingin menyatakan minat saya untuk menyertai sebanyak mungkin program yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Di UM kami menganggap persatuan kami umpama cawangan DBP di UM yang ingin berjuang untuk mengangkat kedaulatan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kekurangan dana dalam persatuan menyebabkan kami sukar untuk menjalankan beberapa program. Justeru, kami sangat berbesar hati untuk menyertai apa-apa sahaja program yang dianjurkan oleh DBP. Beserta ini saya sertakan nombor telefon dan emel saya, 0172493805 ishaksairozi@gmail.comTerima kasih. Pihak kami amat berbesar hati dan akan mengambil tindakan susulan.Lain-lain19.06.2014
Assalamualaikum, Saya pelajar jurusan master di UM yang sedang melakukan kajian ke atas buli siber menggunakan data daripada twitter. Saya mahu tahu, jika pihak DBP mempunyai senarai Kata-kata yang dikategorikan sebagai kata makian/nista/kesat/ejekan yang boleh membantu saya menjalankan kajian tersebut. Bagaimana boleh saya mendapatkannya atau dengan siapa saya perlu berhubung mengenai perkara ini?Tuan,

Untuk makluman, DBP tidak menyediakan senarai khusus berkenaan kata-kata yang boleh dikategorikan sebagai kata makian, nista, kesat atau ejekan. Mohon tuan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami melalui laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Lain-lain23.04.2019
SAYA SEDANG MEMBUAT KAJIAN PHD DI UM. TERM "CROSS CULTURAL" BILA DIUBAH KE BAHASA MALAYSIA " PERSILANGAN BUDAYA" ADAKAH BETUL? TERIMA KASIH.Menurut data PRPM, padanan istilah bahasa Inggeris "Cross Cultural" ke bahasa Melayu ialah silang budaya.Istilah24.06.2013
1234

Kembali ke atas