Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UMNO


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti berikut :Sebenarnya, kalaulah UMNO merupakan pertubuhan politik orang- orang Melayu yang terbesar, maka Utusan merupakan lidah orang- orang Melayu. Oleh sebab itu sesetengah orang pernah terkeliru terutama sesetengah wartawan berat yang mengatakan akhbar Utusan Melayu ini lidah rasmi UMNO, pada hal yang sebenarnya Utusan Melayu ini lidah orang-orang Melayu dan UMNO memang lidah rasminya sendiri. SOALAN : "UTUSAN MERUPAKAN LIDAH ORANG-ORANG MELAYU' sesuai tak diletakkan sebagai gaya bahasa personifikasi? Jika tidak sesuai, boleh tak berikan cadangan. terima kasih.Frasa "Utusan merupakan lidah orang-orang Melayu" tidak menunjukkan ciri-ciri personafikasi yang lazimnya digunakan dalam karya kreatif. Frasa tersebut hanyalah ungkapan umum yang dipopularkan oleh media.Lain-lain28.09.2012
Menteri RTM kata Bahasa Malaysia tetap akan ganti Bahasa Melayu walau pun pihak Umno dari luar negeri mengemukakan usul dalam perhimpunan Umno. kononnya atas alasan perpaduan. Isu bahasa sudah lama selesai dalam kontrek sosial sebelum merdeka. itu sebab sudah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 152. Mengapa pemmimpin kita takut sangat bangsa cina dan hindu yang tidak jemu2 membangkitkan isu ini. klau zaman Datuk Harun , Senu, Jaafar Albab , Musa hitam orang tak berani tegur Melayu pun. la ni mereka jual Melayu. Harap DBP dapat bertahan kerana araahan kabinet itu bercanggah dengan Perlembagaan dengan ain perkataan tidak berpelembagaan. kalau perkara ini di heboh nanti mereka pinda Perlembagaan pula... Habis Melayu. Bahasa Melambangkan bangsa. Tiada bahasa tiada bangsa. elayu akan hilang di dunia.Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan terhadap isu ini dan kami berharap tuan akan terus memberikan sokongan kepada usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita.Lain-lain05.11.2007
Salam sejahtera. Soalan saya berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti berikut :Sebenarnya, kalaulah UMNO merupakan pertubuhan politik orang- orang Melayu yang terbesar, maka Utusan merupakan lidah orang- orang Melayu. Oleh sebab itu sesetengah orang pernah terkeliru terutama sesetengah wartawan berat yang mengatakan akhbar Utusan Melayu ini lidah rasmi UMNO, pada hal yang sebenarnya Utusan Melayu ini lidah orang-orang Melayu dan UMNO memang lidah rasminya sendiri. SOALAN : "UTUSAN MERUPAKAN LIDAH ORANG-ORANG MELAYU' sesuai dikatakan sebagai peribahasa? Jika sesuai, apakah jenis peribahasa tersebut iaitu adakah pepatah, lidah pendeta, perumpamaan, atau .....? Terima kasih."Utusan merupakan lidah orang-orang Melayu" bukan dalam kumpulan peribahasa, sebaliknya hanya sekadar ungkapan umum yang dituturkan oleh pembesar negara.Lain-lain11.09.2012
soalan: 1. sekiranya ayakata hubung ini tidak sesuai...boleh cadangkan ayat yang lebih sesuai bagi menukar ayat ini.... a) Yang pertama, bahawa dalam proses membuat perubahan ini,UMNO adalah pari yang merupakan gerakan massa nasional. b) Yang pentingnya, ialah pengisiannya supaya kita sediakan kurikulum yang sesuai.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda.

a) Yang pertama, dalam proses membuat perubahan,UMNO adalah parti gerakan massa nasional.

b) Yang penting ialah pengisian supaya kita menyediakan kurikulum yang sesuai.
Tatabahasa29.03.2013
Salam. Adakah huruf ringkas merupakan sejenis akronim? Atau adakah akronim hanya terhad kepada singkatan yang dibaca mengikut ejaan sahaja seperti "UMNO" dan "UNESCO", tetapi bukan huruf ringkas yang dibaca dengan cara mengeja seperti "SKMM" dan "WHO". Terima kasih.

Kata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

 

Kata nama akronim boleh dibahagiakan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu:

1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. Contohnya, “ADUN” (Ahli Dewan Undangan Negeri)

2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contohnya, “Perhilitan” (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. Contohnya, “Bernama” (Berita Nasional Malaysia)

4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Contohnya, “jentolak” (jentera tolak)

Tatabahasa13.02.2022
Apakah perbezaan antara "pro-Barat" dengan "probarat" dari segi penggunaan dan maksudnya? Terima kasih. Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel.
 Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis. 
Makna08.05.2015
Perkataan alumni sesuai digunakan untuk pelajar lepasan sekolah menengah ke? Sekiranya tidak sesuai, apa perkataan lain yang sesuai digunakan?Kata alumni bermaksud seperti yang berikut:

alumni kata nama
1 bekas pelajar yang tamat dari sesebuah sekolah atau institut pengajian tinggi:
Contoh penggunaan:
Beliau telah dilantik sebagai Presiden alumni USM.
Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di Universiti Utara Malaysia.

2 bekas peserta, pelatih dan sebagainya sesebuah persatuan, program dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara;
Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja.

Kata lain yang boleh digunakan ialah bekas atau mantan mengikut kesesuaian konteks dan maknanya.

Sila rujuk kamus yang terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat berkaitan bahasa Melayu.
Makna16.12.2023
soalan: 1. Bagaimana membezakan ejaan bagi perkataan yang menggunakan kata sempang? contoh: Adakah ejaan proUMNO, ke-2 betul? 2. Pada pihak yang benar atau kepada pihak yang benar? 3. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya, ialah... Bolehkah menggunakan yang diawal ayat? 4. ..., yang rambutnya teristimewa sekarang ini. Betulkah penggunaan ayat di atas?Jawapan:
1. Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel.
 Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis.  ke-2 adalah betul.
 Jawapan 2:
Jawapan yang betul ialah "kepada pihak yang benar".
Jawapan 3:
Penggunaan kata "Yang" di awal ayat tidak sesuai digunakan.
Jawapan 4:
Soalan yang saudara kemukakan adalah tidak jelas. Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu bergantung kepada ayat dan maksudnya. Sila kemukakan ayat yang penuh bagi menjawab soalan tersebut. Terima kasih.
Tatabahasa28.03.2013
Saya merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan saya keliru dengan penggunaan jawatan berikut serta jawatan yang mana lebih tinggi mengikut turutan yang betul: 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Naib Presiden Atau 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Presiden Apakah cadangan jawatan yang paling tepat untuk menggambarkan orang kedua dan ketiga terpenting?Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong. Tidak ada perbezaan ketara dari segi bahasa.  Perbezaan hierarki jawatan wujud dalam organisasi yang menggunakannya.  Dalam kebanyakkan struktur organisasi politik, sukan dan pertubuhan di Malaysia strukturnya ialah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (Naib Presiden boleh lebih daripda satu kerusi) contohnya UMNO dan FAM. Jika organisasi memilih menggunakan naib presiden sebagai orang kedua, strukturnya ialan Presiden, Naib Presiden dan Timbalan Naib Presiden.  Di institusi pengajian tinggi pula, struktur organisasinya ialah Canselor, Naib Canselor dan diikuti Timbalan Naib Canselor.Makna28.01.2014
Saya merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan saya keliru dengan penggunaan jawatan berikut serta jawatan yang mana lebih tinggi mengikut turutan yang betul: 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Naib Presiden Atau 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Presiden Atau 1) Presiden 2) Timbalan Presiden 3) Naib Presiden Apakah cadangan jawatan yang paling tepat untuk menggambarkan orang kedua dan ketiga terpenting?Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong. Tidak ada perbezaan ketara dari segi bahasa.  Perbezaan hierarki jawatan wujud dalam organisasi yang menggunakannya.  Dalam kebanyakkan struktur organisasi politik, sukan dan pertubuhan di Malaysia strukturnya ialah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (Naib Presiden boleh lebih daripda satu kerusi) contohnya UMNO dan FAM. Jika organisasi memilih menggunakan naib presiden sebagai orang kedua, strukturnya ialan Presiden, Naib Presiden dan Timbalan Naib Presiden.  Di institusi pengajian tinggi pula, struktur organisasinya ialah Canselor, Naib Canselor dan diikuti Timbalan Naib Canselor.Makna28.01.2014
12

Kembali ke atas