Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (unĂ©sco) akronim bagi United Nations Educational Scientific and Cultural Organi-sation (Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UNESCO


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO))Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa- Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1945, menjadi agensi PBB pada tahun 1946 dan beribu pejabat di Paris. Pertubuhan ini mempunyai 190 negara anggota. Polisi pertubuhan ini diputuskan oleh persidangan umum yang diadakan setiap dua tahun dan dihadiri oleh perwakilan dari setiap negara anggota. Objektif pertubuhan adalah untuk mengekalkan keamanan dengan menggalakkan pertukaran idea dan perkongsian dalam sains dan budaya untuk memperbaik bidang pendidikan. Sejak tahun 1950, pertubuhan ini telah menguruskan pelbagai projek untuk pendidikan rendah di Amerika Latin, Asia dan Afrika, menggalakkan pertukaran budaya antara Timur dengan Barat dan menjalankan usaha menterjemah penulisan penting. Antara program jangka panjang yang penting adalah menyediakan pelajaran asas, iaitu mengajar membaca dan menulis. Pusat untuk melatih pengajar ini ditubuhkan di negara seperti Kemboja, India, Korea Selatan, Liberia, Thailand dan Turki. Pada tahun 1959, pertubuhan ini juga menubuhkan sebuah jawatankuasa antarabangsa untuk membaik pulih harta budaya dan jawatankuasa ini memainkan peranan utama dalam pemeliharaan tugu Mesir yang terjejas akibat pembinaan Empangan Aswan. Sinonim UNESCO.
United Nations Educational Scientific and Cultural OrganizationUNESCOSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu.
world heritage sitetapak warisan duniaPelanconganTiadaTempat yang diiktiraf oleh UNESCO kerana mempunyai sejarah dan budaya sesuatu bangsa yang tidak ternilai.
international hydrological decade (ihd)dekad hidrologi antarabangsaHidrologiTiadaSepuluh tahun (1965-1974) aktiviti hidrologi antarabangsa yang giat dilancarkan dan ditaja oleh UNESCO dalam rangka kerjasama dengan agensi U.N. yang lain.
Council for International Organization of Medical Science (CIOMS)Majlis Organisasi Antarabangsa Sains Perubatan (CIOMS)HerbaPeraturan dan PemasaranOrganisasi yang ditubuhkan oleh WHO dan UNESCO untuk memajukan kesihatan awam melalui bimbingan penyelidikan yang berkaitan dengan kesihatan termasuk etika, pembangunan dan keselamatan produk perubatan. Menurut Garis Panduan untuk Permohonan Lesen Import Ujian Klinikal dan Pengecualian Ujian Klinikal Di Malaysia, kesan mudarat produk herba hendaklah dilaporkan dengan menggunakan borang CIOMS.

Kembali ke atas