Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris (dahulunya Maktab Perguruan Sultan Idris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UPSI


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
REGATTA KAYAK UPSI kali ke 13Salam sejahtera,

Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila kemukakan permohonan melalui http://dbpsahbahasa.my/.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.11.2018
REGATTA KAYAK UPSI kali ke 13 MASUK ADALAH PERCUMA ! JOM MASUK RAMAI - RAMAISalam sejahtera,

Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila kemukakan permohonan melalui http://dbpsahbahasa.my/.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.11.2018
Assalamualaikum...saya pelajar UPSI, kami dikehendaki membuat assigment berdasarkan data korpus. masalanya disini, setelah kami mendaftar, kami tidak tahu bagai mana cara untuk menggunakannya. sebagai contoh, kami masukkan kata = kata ganti nama, malangnya kami tidak mendapat apa2 jawapan dari sistem konkordans. kami berharap pihak tuan dapat membantu kami dalam menyelessaikan masalah ini..kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai,, terima kasih..

Puan perlu daftar terlebih dahulu, dan masukkan sebarang kata dan jana konkordans seperti arahan. Sila lihat output seperti dilampirkan.

Lain-lain16.03.2010
Salam sejahtera. Saya pelajar UPSI telah diberi tajuk kajian iaitu "pemantauan dan pengauditan bahasa DBP".. Apakah peranan DBP dalam pemantauan dan pengauditan bahasa tersebut? Harap dapat membantu. Terima kasih

         Program Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam dilaksanakan sebagai susulan daripada arahan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memantau pelaksanaan Pekeliling Bil. 9 Tahun 2011, Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam bagi menegaskan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan.  Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk membuat penilaian tentang tahap dan mutu bahasa Melayu yang digunakan bagi maksud urusan rasmi dalam negara, urusan rasmi antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan kaunter, maklum balas aduan dalam akhbar dan isu media massa serta paparan dan peragaan. Program ini dilaksanakan dengan melihat dua aspek utama, iaitu:

 

(i)      Tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam, dan

(ii)     Mutu bahasa kebangsaan  yang digunakan.


DBP melakukan pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam, sektor awam, sektor swasta dan aduan pengguna. Pemantauan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan yang mencakupi papan iklan premis perniagaan, papan iklan luar, gegantung, kain rentang,  penamaan bangunan dan jalan, pusat beli-belah dan lain-lain.

 
Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak yang melakukan kesalahan bahasa supaya kesalahan tersebut dibaiki atau surat penghargaan kepada pihak yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan serta yang baik dan betul.

 

Lain-lain30.10.2016
assalamua'laikum... saya nur hafizah dari UPSI..boleh tak saya nak minta biodata dan sumbangan shahrunizam abdul talib... hal ini kerana saya di minta oleh pensyarah mengkaji sajak beliau iaitu "di dada mereka ada khalid" dalam buku anak global.. saya perlukan biodata dan sumbangannya untuk dimasukkan dalam tugasan ni..Dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat memenuhi permintaan tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Lain-lain07.03.2010
Selamat petang, saya edward pelajar Master di UPSI. Sekiranya boleh, saya ingin mendapatkan khidmat penterjemahan daripada pihak DBP untuk membantu saya melakukan penterjemahan dalam soal selidik saya. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, soal selidik yang saya gunakan adalah dalam bahasa inggeris dari luar negara. Jadi, amat pentinglah bagi saya untuk meminta pihak tuan/puan melakukan penterjemahan untuk soal selidik yang saya lampirkan secara bersama. Pihak tuan/puan boleh menghubungi saya di talian 0194125732 atau di alamat emel edward_batin@yahoo.com. Kerjasama daripada pihak DBP amatlah saya hargai.Lampiran soal selidik saya lampirkan dalam file yang diattach.Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks yang telah diterjemahkan terlebih dahulu dan panjang teks/dokumen tidak melebihi tiga halaman.Tatabahasa10.12.2015
Adakah nama pejabat karang mengarang ditukar kepada upsi selepas kemerdekaan?Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Knb menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku sejarah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudara.Lain-lain11.07.2012
apakah padanan jawi untuk perkataan KLIA,MRSM,SMK, SJK(t) / sjk(c),SAM,SMP,RISDA,MARA,UIA,ADUN,UPSI

Padanan ejaan Jawi bagi singkatan (yang dilafazkan huruf demi huruf), ditulis dengan menggunakan sebutan atau nama huruf dalam abjad Rumi yang ditulis Jawi dan dibubuh tanda titik selepas setiap huruf tersebut: 

KLIA - کي.ּּاؠل.اءي.أي.

MRSM- عيم.ار.ايس.عيم.

SMK- ايس.عيم.کي.

SJK(t)- (.تي).  ايس.جيه.کي  

SJK(c)- (.سي).  ايس.جيه.کي  

SAM-ايس.أي.عيم.

SMP-.ڨي. ايس.عيم

UIA- يو.اءي.أي.

UPSI- يو.ڨي.ايس.أي.

Padanan ejaan Jawi bagi akronim nama khas atau akronim kata umum dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (yang dilafaz sebagai kata) boleh ditulis lengkap sebagai kata: 

RISDA-ريسدا

MARA- مارا

ADUN-ادون

Ejaan18.02.2022
Assalamualaikum wtw, saya Sharifah Zubaida binti Ahmad, sedang menuntut di UPSI dan merupakan anak didik Dr. Halim Ali. Saya ingin bertanya kepada En.Ruslan mengenai apakah peranan DBP dalam mengembangkan sastera melalui majalah. Majalah yang saya maksudkan ialah Dewan Bahasa, Dewan siswa dan sebagainya. saya berharap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya ajukan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih.

Antara fungsi utama penubuhan DBP ialah memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. Berdasarkan fungsi tersebut, DBP berperanan secara langsung terhadap usaha memperkembang bakat sastera dan memasyarakatkan sastera dalam kalangan rakyat melalui pelbagai wahana termasuklah penerbitan buku dan majalah. Majalah antara wahana yang dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan pendidik/pelajar, secara tidak langsung membantu usaha memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, kami cadangkan saudara berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan rujuk artikel majalah serta kertas kerja seminar yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.

Sastera04.03.2011
Azilah Bte Poigi Nov 13th, 11:47pm assalam..saya azilah dari upsi sedang membuat kajian mengenai SN Muhammad Haji Salleh..macam mana saya boleh contact dengan beliau..bolehkan DBP bagi saya email beliau...terima kasihAlamat e-mel SN Muhammad Haji Salleh: mhs0042@yahoo.com Terima kasih.Lain-lain13.11.2014
12

Kembali ke atas