Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata USB


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon membantu menterjemahkan istilah "reversible USB". Reversible USB ialah sejenis USB baru yang kepalanya boleh dipalamkan tak kira sebelah atas atau bawah. Adakah "USB boleh balik" sesuai digunakan?Saudara, cadangan kami "reversible USB" ialah USB boleh balik.Penyemakan dan penterjemahan16.09.2015
Selamat sejahtera, Manakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi 'USB hub'? a) Hab USB b) Hub USB c) Lain-lain? Sila berikan pendapat anda. Terima kasih.Padanan USB hub ialah hab USB.Penyemakan dan penterjemahan20.05.2015
salam, apakah padanan terjemahan untuk "usb stick"? terima kasihUntuk makluman istilah "USB stick" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, konsep istilah ini adalah sama dengan "USB drive" atau "pen drive'. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pemacu USB.Istilah01.02.2013
saya nak tahu terjemahan perkataan "usb flash drive:dalam bahasa melayu..terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "usb flash drive" ialah pemacu kilat usb.Istilah01.04.2013
Salam. Boleh saya tahu saranan terjemahan untuk frasa "Retractable USB" dalam bidang automotif? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "retractable USB" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "retractable' ialah boleh tarik, boleh lipat atau boleh retrak. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah USB boleh tarik atau USB boleh retrak.Istilah02.05.2013
Apakah padanan perkataan dalam Bahasa Melayu untuk istilah "charging port", iaitu port di peranti seperti telefon bimbit pintar di mana kita memasukkan wayar USB untuk mengecas atau memindahkan fail?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah charging port ialah port mengecas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah31.10.2022
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih.

1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut:
Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006  berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran.

2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian.

Istilah03.04.2012

Kembali ke atas