Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Universiti Teknologi Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata UTM


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi.  Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904.  Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.  Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan.  Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas