Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep World Trade Organization (Pertubuhan Perdagangan Dunia, iaitu pertubuhan antarabangsa yg menggalakkan dan mengawal selia perdagangan antara negara-negara anggotanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata WTO


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
General Council of WTOMajlis Umum WTOUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan yang dianggotai oleh wakil semua negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang biasanya bertaraf duta. Badan ini bertindak sebagai eksekutif kepada Persidangan Peringkat Menteri apabila Persidangan Peringkat Menteri tidak bersidang. Lihat juga Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Persidangan Peringkat Menteri.
World Trade Organisation (WTO)Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan perdagangan yang ditubuhkan pada tahun 1995 untuk mewujudkan satu organisasi tetap bagi Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). WTO ditubuhkan melalui Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia di Marrakesh pada Rundingan Uruguay. Pertubuhan ini dianggotai oleh lebih daripada 135 negara dan lebih berkuasa daripada GATT. Ia meneruskan matlamat GATT, iaitu menggalakkan perdagangan bebas dengan menghapuskan semula halangan perdagangan di semua negara termasuk cukai ke atas barangan yang diimport dan dieksport. Selain itu, WTO juga meluaskan peraturan perdagangan bebas kepada perdagangan perkhidmatan dan aspek harta intelek yang berkaitan dengan perdagangan. Tidak seperti GATT, WTO mempunyai sistem penyelesaian pertelingkahan yang lebih teratur, berkesan dan berteraskan undang-undang. Lihat juga Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT).
appellate reviewkajian semula rayuanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses badan rayuan menyemak keputusan badan bicara, seperti Kamar Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyemak keputusan Kamar Bicara atau Badan Rayuan WTO menyemak keputusan panel WTO.
Council for Trade in Goods (CTG)Majlis Perdagangan Barangan (CTG)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan undang-undang perdagangan barangan, iaitu Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). Majlis tersebut diwakili oleh semua negara anggota WTO dan mempunyai 10 jawatankuasa seperti pertanian, akses pasaran, subsidi dan antilambakan. Setiap jawatankuasa diwakili oleh semua negara anggota WTO.
antidumping agreementperjanjian antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian dalam sistem Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mendisiplinkan langkah antilambakan. Perjanjian ini memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh negara anggota WTO jika mahu mengambil langkah antilambakan terhadap import. Perjanjian antilambakan melaksanakan Perkara VI GATT yang mencela aktiviti lambakan sekiranya lambakan memudaratkan pengeluar tempatan di negara pengimport. Perjanjian antilambakan membenarkan negara pengimport mengenakan duti lambakan terhadap import pada kadar yang sama dengan margin lambakan. Perjanjian antilambakan pada asalnya dikenali sebagai kod antilambakan, dirundingkan buat kali pertama dalam Rundingan Pusingan Kennedy dan dimuktamadkan pada tahun 1967. Pada tahun 1980, kod antilambakan ditukar nama kepada perjanjian antilambakan. Perjanjian antilambakan dilampirkan kepada GATT dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. Lihat juga langkah antilambakan.
Ministerial ConferencePersidangan Peringkat MenteriUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan tertinggi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang dianggotai oleh wakil semua negara anggota yang biasanya bertaraf menteri perdagangan. Persidangan ini mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara berkaitan WTO dan bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.
Appellate BodyBadan RayuanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBahagian dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang terdiri daripada tujuh individu. Badan Rayuan bertanggungjawab untuk mendengar rayuan daripada laporan yang dikeluarkan oleh panel dalam pertikaian yang dibawa oleh negara anggota WTO. Badan Rayuan boleh menegakkan, meminda atau menterbalikkan dapatan dan kesimpulan perundangan sesebuah panel. Laporan Badan Rayuan, apabila diterima oleh Badan Penyelesaian Pertikaian (DSB), mesti diterima oleh pihak-pihak yang bertikai. Badan Rayuan bertempat di Geneva.
World Trade Organization (WTO)Pertubuhan Perdagangan SeduniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan perdagangan yang ditubuhkan pada tahun 1995 untuk menggantikan Perjanjian Umum mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT). Pertubuhan ini dianggotai oleh lebih daripada 135 negara dan lebih berkuasa daripada GA TT. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan perdagangan bebas dengan menghapuskan semua halangan perdagangan di semua negara termasuk cukai ke atas barangan yang diimport dan dieksport. Sinonim WTO.
Committee on Trade and DevelopmentJawatankuasa Perdagangan dan PembangunanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa kerja dalam WTO yang bertanggungjawab membincangkan isu-isu perdagangan dan pembangunan. Antara isu yang dibincangkan ialah pemberian bantuan teknikal oleh negara maju kepada negara membangun dan koordinasi antara WTO dan pertubuhan antarabangsa lain berkenaan isu perdagangan dan pembangunan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menjadikan perkara di bawah peruntukan �layanan istimewa dan berbeza� lebih efektif selain mewujudkan program khas untuk negara-negara yang mempunyai sumber ekonomi yang kecil.
dispute settlement understandingpersefahaman penyelesaian pertikaianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menjadi sumber peraturan bagi proses penyelesaian pertikaian yang terhasil daripada pemakaian perjanjian-perjanjian WTO oleh negara anggota. Perjanjian ini menuntut badan adjudikatif WTO (Panel dan Badan Rayuan) agar tidak menambah dan mengurangkan hak serta tanggungjawab yang telah dinyatakan dalam perjanjianWTO.
123

Kembali ke atas