Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sinar elektromagnet yg dapat menembusi pepejal (gas berion dan plat gambar foto yg terdedah), sinar-X; 2. pemeriksaan bahagian dalam badan seseorang atau bahan legap dgn sj alat yg menggunakan sinar-X: sudahkah ~ dibuat pd paru-paru kamu yg sakit itu? 3. = gambar ~ gambar yg dihasilkan dgn mendedahkan filem gambar foto kpd sinar-X (digunakan dlm perubatan sbg salah satu cara utk mengesan keadaan bahagian tertentu dlm badan, spt tulang yg dapat menyerap sinar-X dan kelihatan sbg kawasan yg legap pd gambar); mengX-ray 1. mengambil gambar X-ray (sebahagian drpd badan dsb) dgn menggunakan sinar-X; 2. merawat atau memeriksa dgn menggunakan sinar-X. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /éksré/ 1 sinar elektromagnet yg dpt menembusi sesuatu pepejal dan digunakan utk mengetahui keadaan dlm tubuh atau utk mengubati sesuatu penyakit. 2 gambar yg diambil dgn menggunakan X-ray 1. meng-X-ray mengambil gambar bahagian badan yg tertentu (utk tujuan rawatan) dgn menggunakan X-ray. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata X-ray


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah bentuk ejaan sebenar kata terbitan meN- + X-ray; adakah meng-X-ray atau mengx-ray atau mengX-ray? Jika dibandingkan dengan perkataan e-mel (meng-e-melkan), yang pertama itu tepat dan terdapat dalam PRPM DBP selain terdapat juga yang kedua dalam PRPMEjaan yang betul ialah meng-X-ray.Ejaan11.11.2010
Assalamualaikum, Saya ingin kepastian tentang ejaan sebenar X-ray setelah menerima awalan meN-. mengX-ray atau meng-X-ray. Hal ini disebabkan ada cara penulisan yang berbeza berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (mengX-ray) dengan jawapan dalam PRPM (meng-X-ray). Mungkin pihak DBP mempunyai maklumat terkini tentang ejaan perkataan tersebut. Sekian, Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul x-ray apabila menerima imbuhan men ialah mengX-ray yang bermaksud mengambil gambar X-ray (sebahagian daripada badan dan sebagainya) dengan menggunakan sinar-X atau memeriksa dengan menggunakan sinar-XEjaan09.07.2019
Soalan saya berkenaan dengan penggunaan bahasa melayu bagi x-ray dan sinar-x. Saya telah rujuk pada kamus dewan edisi keempat. Kedua-dua perkataan ada dalam kamus. Jadi, adakah dibolehkan penggunaan kedua-dua perkataan x-ray atau sinar-x di dalam ayat bahasa melayu. Jika menggunakan kedua-dua perkataan tidak menjadi kesalahan bahasa ke? Terima kasihKedua-dua perkataan x-ray dan sinar-x boleh digunakan dan tidak menjadi kesalahan bahasa. Makna30.03.2022
'You need to be x-rayed' akan diterjemah seperti apa? Awak perlu di-X-ray ?Cadangan terjemahan yang sesuai ialah Anda perlu di-X-ray.Penyemakan dan penterjemahan11.08.2022
Ejaan juruxray yang sebenarnya.Ejaan yang betul ialah "juru-X-ray".Ejaan18.01.2014
Salam Ramadan, 1. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa kata 'meng-e-melkan' dan 'mengX-raykan' adalah salah, sepatutnya 'mengirimkan e-mel' dan 'mengimbaskan X-ray'. Pandangan tuan? 2. Ayat: Ikan sungai air tawar sangat digemari oleh kebanyakan orang yang tinggal di kampung-kampung. Betul / SalahSalam Ramadan,

'meng-e-melkan' dan 'meng-x-raykan tidak salah tetapi lebih gramatis jika menggunakan  'mengirimkan e-mel' dan 'mengimbaskan X-ray'.

Ikan sungai air tawar...salah- Ikan air tawar...betul

Tatabahasa08.08.2012

Kembali ke atas