Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sinar elektromagnet yg dapat menembusi pepejal (gas berion dan plat gambar foto yg terdedah), sinar-X; 2. pemeriksaan bahagian dalam badan seseorang atau bahan legap dgn sj alat yg menggunakan sinar-X: sudahkah ~ dibuat pd paru-paru kamu yg sakit itu? 3. = gambar ~ gambar yg dihasilkan dgn mendedahkan filem gambar foto kpd sinar-X (digunakan dlm perubatan sbg salah satu cara utk mengesan keadaan bahagian tertentu dlm badan, spt tulang yg dapat menyerap sinar-X dan kelihatan sbg kawasan yg legap pd gambar); mengX-ray 1. mengambil gambar X-ray (sebahagian drpd badan dsb) dgn menggunakan sinar-X; 2. merawat atau memeriksa dgn menggunakan sinar-X. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /éksré/ 1 sinar elektromagnet yg dpt menembusi sesuatu pepejal dan digunakan utk mengetahui keadaan dlm tubuh atau utk mengubati sesuatu penyakit. 2 gambar yg diambil dgn menggunakan X-ray 1. meng-X-ray mengambil gambar bahagian badan yg tertentu (utk tujuan rawatan) dgn menggunakan X-ray. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata X-ray


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gambar sinar-XX-ray photographGambar yang menunjukkan imej dalaman sesuatu objek, biasanya bahagian tubuh, yang terhasil apabila sinar-X menembusi bahagian berkenaan. Lihat RajahSekolah Rendah
sinar-XX-raySinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang pendek, iaitu antara 10-10 hingga 10-7 meter. Sinar ini terhasil apabila sinar katod melanggar atom unsur. Sinar-X banyak digunakan dalam bidang penyelidikan dan perubatan.Menengah Atas
sinar ultraunguultraviolet raySinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya ungu, tetapi lebih panjang daripada sinar-X.Menengah Atas

Kembali ke atas