Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi itrium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-25 abjad Rumi (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-25 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Y


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengetahui penggunaan rujukan seperti Y. Bhg., Y. Brs. dan lain-lain jika ada. Saya telah memahami penggunaan Y. Bhg. dan Y. Brs. Tapi bagaimana jika tetamu jemputan majlis itu tidak mempunyai gelaran atau hanya mempunyai gelaran Dr.? TKJika tetamu jemputan tidak mempunyai gelaran, sdr boleh menggunakan ganti nama seperti tuan-tuan atau puan-puan. Manakala seseorang yang telah bergelar dr., gelaran dr. tersebut boleh digunakan dalam ucapan alu-aluan sdr.Lain-lain13.12.2006
Salam sejahtera, Adakah tanda sengkang pada 'y-axis' dan 'x-axis' juga digunakan sekiranya kedua-dua frasa berkenaan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu? 'y-axis' -> 'paksi-y' atau 'paksi y'? 'x-axis' -> 'paksi-x' atau 'paksi x'? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Penggunaan dalam bidang kejuruteraan ialah paksi y ; paksi x. Tiada tanda sempang.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain18.09.2019
Mohon rujuk buku "Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Tanda Baca" (Ismail bin Dahaman, 2015) m.s. 154 Singkatan yang digunakan ialah: Y.Bhg. (Yang Berbahagia) Y.A.Bhg. (Yang Amat Berbahagia) Y.B. (Yang Berhormat) Y.A.B. (Yang Amat Berhormat)Kami ambil maklum maklumat berkenaan. Walau bagaiamanapun bentuk ejaan singkatan YB, YAB, YBhg. dan YABhg. diselaraskan dengan buku Protokol di Malaysia.Ejaan18.12.2017
PANGGILAN UNTUK INDIVIDU DALAM BAHASA SURAT E.G Y.BHG, Y.BHG dllPanggilan untuk individu YBhg bagi orang biasa dan orang kenamaan ialah tuan atau puan.Lain-lain05.06.2009
maksud anak tut? tol ke,hasil drpd mcantmkan tnas drpd 1 pkokpd pkok y lain y sma jnisny??Pertanyaan saudara kurang jelas, sila gunakan bahasa Melayu yang baik dengan ejaan yang betul.Lain-lain24.06.2011
1. Bila boleh kita guna dari dan daripada? Setahu saya ada perbezaan. 2. Bila boleh kita menggunakan Y.A.B. /Y.Bhg. bagi sesuatu jawatan dalam penulisan. Setahu saya kita akan menggunakan perkataan Menteri Besar sahaja dan bukan Y.A.B. Menteri Besar dalam penulisan. Bila berucap baru disebut Y.A.B. Menteri Besar. Terima kasih.Dari digunakan dalam frasa yg berkaitan dgn tarikh atau tempat, manakala daripada digunakan dlm frasa yg berkaitan dgn sumber. Sapaan YAB khusus kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar, manakala YBhg sapaan kepada kenamaan lain/orang awam yang bergelar Datuk/Tan Sri dsbTatabahasa29.10.2007
Apakah yang paling tepat untuk saya tulis terutama di dalam surat jika pegawai saya bergelaran MEJ. (K) HJ. samaada Y.Bhg, Y.Brs atau ader yang lain.Sapaan yang sesuai ialah YBrs. ; Ini berdasarkan sapaan bagi pegawai kanan kerajaan yang belum menerima gelaran kehormat seperti dato' dan sebagainya.Lain-lain14.10.2010
Y.Bhg.YBhg.Ejaan23.02.2011
Y.Bhg Tuan/Puan, ucapan salam. Saya ingin mendapatkan ejaan yang betul bagi sebut harga. terima kasih.Ejaan yang betul ialah sebut harga.Ejaan11.05.2011
salam... Tuan/Puan, Soalan pertama: saya ingin mendapatkan maksud kepada perkataan Generasi Y. Soalan kedua: Berikut adalah salah satu tajuk seminar kami, adakah penggunaannya bahasanya betul?..."Kekal Kreatif Kekal Inovatif : Generasi Y". Soalan ketiga: Bolehkah kami mendapatkan beberapa tajuk seminar yang melibatkan "Generasi Y'. Sekian, terima kasih. Nurul (LIC, MPC)Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran.  Tajuk sesuai ialah "Generasi Y: Kekal Kreatif, Kekal Inovatif" atau "Generasi Y: Kreatif dan Inovatif". Belum ada lagi tajuk dan rujukan seminar tentang Generasi Y dalam sumber rujukan kami.Lain-lain06.04.2011
12345678910

Kembali ke atas