Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = surah (surat) ~ surah ke-36 di dlm Quran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = surah ~ surah yg ketiga puluh enam dlm Quran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Yasin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya merupakan guru bahasa Melayu yang mengajar di SJK Tamil. Bolehkan pihak tuan menghantar sebarang brosur atau apa-apa maklumat serta info yang berkaitan dengan bahasa Melayu untuk penggunaan murid di sekolah saya.Tuan boleh terus menghubungi Puan Nor Hamuni binti Yasin">Ibrahim@Yasin melalui talian 03-2147 9129 atau e-mel hamuni@dbp.gov.my untuk mendapatkan risalah dan pedoman bahasa Melayu. Satu lagi caranya tuan boleh menulis surat kepada Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain11.03.2014
Assalamualaikum Wrbt. Mohon semakan ejaan yang tepat untuk ayat berikut : Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa SelamatEjaan bagi Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat adalah betul.Istilah04.09.2018
di dalam surah yasin, terdapat ayat yang mengatakan bahawa Allah akan mengunci/memeterai/atau memateri mulut2 kita dan membiarkan anggota badan lain yang berbicara? Yang mana satu tepat ye? mengunci/memeterai/memateriMengunci bermaksud menutup, memeterai bermaksud membubuh meterai pada (sesuatu), atau mengecap. Kata memateri bermaksud menghubungkan atau menyatukan erat-erat. Berdasarkan makna tersebut kata mengunci sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Makna25.07.2012
saya sedang mencari biodata dan biografi penulis m. yasin makmur atau dikenali dengan nama penanya iaitu pungguk.Sila rujuk bahan ini : 1.Pungguk: pelopor puisi Melayu moden Burhanuddin al-Rawi Karya 01/02/1998 . 2.Pungguk (1910-1971): pelopor puisi Melayu moden Zabidin Hj. Ismail Mutiara Malaysia 01/04/1995 . 3.Pungguk Dewan Sastera (Mekar Sastera) 01/11/2003 . 4.Wajah : biografi penulis Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1988 5.Wajah: biografi penulis [t.p.] Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005Lain-lain22.09.2007
Hai, Di manakah pautan dalam laman sesawang DBP untuk saya mencari rujukan berkenaan tatabahasa bagi penggunaan tanda baca, tanda seru dan sebagainya. Sekian. Yang Benar, Salihudin Yasin

Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan bahan rujukan tentang tatabahasa Melayu, saudara bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), melalui sistem Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/.

Saudara juga boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut. Saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah dan buku-buku terbitan DBP. 


Lain-lain12.09.2022
Hai, Apakah cara yang betul untuk menulis perkataan "Sendirian Berhad" untuk nama syarikat dalam cara yang berbeza secara rasmi? Syarikat XXXX Sendirian Berhad Syarikat XXXX Sdn. Bhd. Syarikat XXXX SDN BHD Sekian. Yang Benar, Salihudin YasinEjaan yang betul ialah Sendirian Berhad, Sdn. Bhd. dan SDN. BHD. Perkataan SDN. BHD. perlu dimasukkan titik kerana merupakan singkatan bagi Sendirian Berhad. Ejaan12.09.2022
Pihak sekolah berhasrat mendapatkan terbitan lembar bahasa dan siri pedoman bahasaa melayu yang diterbitkan oleh pihak dbp. Mohon panduan untuk mendapatkan bahan tersebut daripada pihak tuanUntuk mendapatkan maklumat tentang atau memperoleh lembar dan pedoman bahasa, sila berhubung dengan Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa  dan Sastera, Aras 25, Dewan Bahasa  dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau hubungi Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui talian 03-21479127,e-mel hamuni@dbp.gov.my.Lain-lain21.01.2015
Barisal Bivi Shaik Dawood Aug 7th, 5:03pm Assalamualaikum...Bgaimana caranya untuk saya dapatkan bahan-bahan terkini ataupun koleksi Lembar Bahasa terbitan DBP.. Saya merupakan seorang guru dan info-info terkini amat membantu saya terutama dari aspek ejaan terkini, sistem bahasa dan sebagainya.. Terima kasih.Permohonan untuk mendapat koleksi Lembar Bahasa terbitan DBP boleh dihantar kepada Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui e-mel hamuni@dbp.gov.my atau melalui talian telefon 03-2147 9129.Lain-lain07.08.2014
saya ingin meminta sumbangan bahan bacaan untuk persatuan bahasa melayu di sekolah saya. saya ingin mengetahui prosuder yang perlu dilakukan.Untuk mendapatkan maklumat tentang atau memperoleh lembar dan pedoman bahasa, sila berhubung dengan Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau hubungi Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui talian 03-21479127, e-mel hamuni@dbp.gov.my.Lain-lain14.03.2014
Saya ingin bertanya apakah maksud dan perbezaan penggunaan tanda-tanda seperti berikut (mohon pencerahan berserta contoh) : a) : b) :- c) ;

A)Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:

1. digunakan pada akhir suatu penyataan apabila diikuti suatu (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Misalnya:

       i. Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut:  

          kertas, dakwat dan pen.

      ii. Ketua: Abdullah Salleh.

         Hari: Isnin

2.digunakan (a) antara jilid atau nombor dengan halaman, (b) antara bab denghan ayat dalam kitab suci, atau (c) antara dengan anak judul suatu karangan. Misalnya:

Dewan Sastera, IV(1974),4:9

Surah yasin:9

3.digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Misalnya:

       Ibu   :  “Bawa bungkusan ini,Mir!”

       Amir : “Baik,bu.”

B)Tanda koma bertitik (;) digunakan seperti yang berikut:

1.Tanda koma bertitik dapat digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Misalya:

Malam makin larut; kamu belum selesai lagi.

2.Tanda koma bertitik digunakan untuk memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majluik sebagai pengganti kata penghubung. Misalnya:

Ayah menyiapkan kertas kerjanya; ibu sibuk bekerja di dapur; adik menghafalkan nama-nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Manakala simbol (:- ) tidak digunakan lagi dan digantikan dendan simbol tanda titik bertindih (:).
Tatabahasa23.06.2014

Kembali ke atas