Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = surah (surat) ~ surah ke-36 di dlm Quran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = surah ~ surah yg ketiga puluh enam dlm Quran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Yasin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH YASIN

Surah Yasin ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 83 ayat. Surah

ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah

memulakan surah yang mulia ini dengan huruf

tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga

menjadi tanda kemukjizatan al-Qur’an al-Karim.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika

menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya

yang bermaksud:

“Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai

hati dan hati al-Qur’an itu ialah surah Yasin . Oleh

itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap

insan di kalangan umatku.”

UMUM 
HASHIM YASIN BUDAYATokoh
MUHAMMAD YASIN MAAMORTokoh sastera yang banyak terlibat dalam penulisan puisi.SASTERATokoh
PAKU ALAM

PAKU ALAM, drama pentas karya Hashim Yasin yang pernah memenangi hadiah pertama dalam Pesta Teater Kebangsaan 1977, anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.  Drama ini dipentaskan oleh Kumpulan Artis Utara (KAU) di bawah arahan Hashim sendiri.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
PUNGGUKPUNGGUK (1910-1971),  penyair.  Dia lahir pada 18 September 1910 di Brickfields, Kuala Lumpur.  Nama sebenarnya ialah Muhammad Yasin bin Maamor.  Dia lebih dikenal dengan nama penanya Pungguk dan merupakan salah seorang perintis puisi Melayu moden di Malaysia.  Nama penanya yang lain ialah Keris Melayu, Malim Deman, Pujangga, Pensil Biru, Tanah Emas dan Pengarang.SASTERATokoh
PENULIS GURU

PENULIS GURU, golongan penulis lepasan Sultan Idris Training College (SITC) Tanjung Malim, Perak.  Mereka menulis terutamanya dalam genre puisi dan novel.  Antara yang aktif menulis dan terkenal ialah Harun Muhammad Amin atau nama penanya Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Kotot, Muhammad Yasin Makmur dan Muhammad Simin Paib.

SASTERAKarya
PERSATUAN MELAYU SELANGOR

PERSATUAN MELAYU SELANGOR, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Mesyuarat penubuhannya telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang dan sebanyak $108.00 telah dikumpulkan sebagai yuran daripada 108 orang ahli walaupun persatuan ini belum terdiri daripada golongan pentadbir berdarah bangsawan dan golongan wartawan.  Presidennya ialah Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin, Raja Bon ialah Raja Yahya (naib presiden), Ramli bin Mohd. Tahir (setiausaha) dan Mahmud Haji Abdul Rahman (bendahari).  Ahli Jawatankuasa yang penting ialah Raja Yaakub bin Raja Alang, Mohd Yunus Hamidi, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.  Keanggotaan ahli jawatankuasa persatuan ini memperlihatkan kesedaran kebangsaan yang menyeluruh di kalangan orang Melayu Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
HAJI YAHAYA JUNID

HAJI YAHAYA JUNID (1911 -            ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas