Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara Greece (di Eropah); orang (bahasa, bangsa) ~ orang (bahasa, bangsa) Greek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Yunani


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AJAX THE LESSER

Ajax the Lesser ialah putera Raja Oileus dalam

mitologi Yunani yang merupakan pahlawan Yunani

yang bertempur dalam Perang Trojan. Namanya

dalam bahasa Latin ialah Ajax, sementara dalam

bahasa Yunani ialah Aias . Dia dikenali sebagai Ajax the Lesser

bagi membezakannya dengan Ajax the Greater, hero

Yunani yang juga bertempur semasa Perang Trojan.

UMUM 
KESUSASTERAAN YUNANI

Kesusasteraan Yunani ialah sastera

kebangsaan yang tertua dan paling berpengaruh

di dunia Barat. Kesusasteraan Yunani menjadi

model kepada semua kesusasteraan terkemudian

di Barat, bermula dengan kesusasteraan Latin.

Penulis Yunani memperkenalkan banyak jenis

kesusasteraan yang penting, termasuk puisi lirik

dan epik, drama tragik dan komik, dialog dan esei

falsafah, sejarah kritis dan biografi dan surat-surat

sastera.

UMUM 
YUNANI PURBA

Yunani Purba ialah tempat lahir tamadun Barat

kira-kira 2500 tahun lalu. Kegemilangan kerajaan

orang Yunani purba dalam bidang sains, falsafah,

dan kesenian terus mempengaruhi kehidupan kita

kini.

UMUM 
NEOPTOLEMUS

Neoptolemus ialah wira Yunani semasa Perang

Trojan. Dia juga dikenali sebagai Pyrrhus. Bapanya

ialah wira Yunani bernama Archilles. Selepas

kematian Archilles dalam perang tersebut,

Neoptolemus membantu Yunani menewaskan

Trojan. Ketika orang Yunani menawan Troy,

Neoptolemus membunuh raja Trojan, iaitu Priam

yang sudah tua tanpa belas kasihan.

UMUM 
API YUNANI

Api Yunani ialah campuran kimia yang menyala

dan membakar dengan dahsyat apabila tersentuh

air, malahan ia terbakar di dalam air. Orang Yunani

Byzantine mula-mula menggunakannya dalam

peperangan laut pada 673 M. Komposisinya adalah

satu rahsia, tetapi ia mungkin mengandungi sulfur,

resin, minyak, gegala, dan sama ada kalsium fosfida

atau kapur tohor. Ia kemudian diubah untuk

memasukkan nafta, saltpeter , dan turpentin.

Menjelang tahun 1200-an, ia mungkin menyerupai

serbuk letupan, yang tidak diketahui pada masa itu.

UMUM 
PERSEPHONE

Persephone ialah dewi yang jelita dalam mitologi

Yunani dan Romawi. Orang Yunani juga

memanggilnya Kore . Orang Rom memanggilnya

Proserpina . Persephone ialah anak perempuan

Demeter (Ceres dalam mitologi Rom), dewi

pertanian dan kesuburan. Bapa Persephone ialah

Zeus (Jupiter), raja segala dewa-dewi. Sebuah mitos

menceritakan pencarian Demeter selepas

Persephone diculik oleh Hades (Pluto), dewa alam

roh.

UMUM 
MUSE

Muse ialah sembilan dewi seni dan sains dalam

mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani,

mereka ialah anak perempuan Zeus, raja dewa,

dan Mnemosyne, dewi ingatan. Setiap Muse

memerintah sesuatu seni atau sains. Calliope ialah

Muse puisi epik; Erato, puisi cinta; Euterpe, puisi

lirik; Melpomene, tragedi; Thalia, komedi; Clio,

sejarah; Urania, astronomi; Polyhymnia, lagu

kudus; dan Terpsichore, tarian.

Orang Yunani percaya dewi-dewi ini tinggal di

atas gunung Olympus dengan ketua mereka, dewa

Apollo. Muse ini sama seperti ketua mereka,

sentiasa muda dan cantik. Mereka boleh melihat ke

masa hadapan, yang tidak ramai dewa lain boleh

buat. Mereka juga mempunyai kebolehan

menghilangkan rasa sedih dan duka. Muse

mempunyai suara yang menyenangkan, merdu dan

selalu menyanyi sebagai koir. Penulis dan pelukis

awal Yunani memanggil Muse untuk inspirasi

sebelum memulakan kerja. Mana-mana satu atau

semua Muse ini boleh dipanggil untuk

mendapatkan bantuan, walaupun setiap seorang

mengawal seni atau sains yang khusus.

Dewi-dewi ini memainkan peranan penting

dalam mitologi Rom, walaupun Pemujaan Muse

oleh orang Rom adalah dipinjam daripada orang

Yunani. Orang Rom percaya bahawa Jupiter, raja

dewa mereka, adalah bapa Muse.

Beberapa perkataan berasal daripada perkataan

Yunani, Mousa bermakna Muse. Ia termasuk

museum , yang asalnya bermakna kuil Muse; dan

music , yang bermakna seni Muse.

UMUM 
AJAX THE GREATER

Ajax the Greater,  Putera Raja Telamon dalam

mitologi Yunani ialah salah seorang wira Yunani yang

paling berani yang turut berjuang dalam Perang

Trojan. Namanya dalam bahasa Latin ialah Ajax,

sementara dalam bahasa Yunani Aias . Dia dikenali sebagai

Ajax the Greater bagi membezakannya dengan Ajax

the Lesser, iaitu seorang lagi pahlawan Yunani dalam

Perang Trojan.

UMUM 
SASTERA YUNANIKesusasteraan yang diamalkan oleh masyarakat di Yunani.SASTERAKonsep
XENOPHON

Xenophon (430? SM – 355? SM) ialah askar, ahli

sejarah, dan penulis Yunani. Sumbangannya yang

paling penting ialah buku mengenai ahli falsafah

Yunani, Socrates dan mengenai sejarah Yunani.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas