Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam: raja adil raja disembah, raja ~ raja disanggah; menzalimi, menzalimkan ark berbuat sewenang-wenang (kpd), menganiaya, menindas:suaminya benar-benar ~nya; terzalim dizalimi: umat Islam yg teraniayadan ~; kezaliman perihal (keadaan) zalim, perbuatanyg tidak adil, kebengisan: kekejaman dan ~ itu sebenarnya tidak ada jika tidakmanusia sendiri mengadakannya; penzaliman perbuatan menzalimi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak mempunyai belas kasihan; tidak berlaku adil; kejam: Rakyat sangat benci kpd raja yg ~. menzalimi berlaku zalim terhadap: Berdosa besar jika kamu ~ anak-anak yatim. kezaliman hal atau sifat zalim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
zalim (adjektif)
Bersinonim dengan tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam, buas, tiada belas kasihan, tidak berhati perut, buta hati;,
Kata Terbitan : menzalimi, kezaliman,

Peribahasa

Anak harimau diajar makan daging.

Bermaksud :

Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autocracyautokrasiPendidikanTiadaPemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad.
autocracyautokrasiSosiologiTiadaPemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad.
autocracyautokrasiSejarahTiadaPemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad.
autocracyautokrasiSains PolitikTiadaPemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad.
autocracyautokrasiUndang-undangTiadaPemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad.
tyranny of the majoritytirani majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi.
arbitrary detentionpenahanan sewenang-wenangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan pihak berkuasa mengurung seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penahanan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
arbitrary arrestpenangkapan sewenang-wenangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan pihak berkuasa memegang dan tidak melepaskan seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penangkapan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
despotismsistem kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang tidak membenarkan kebebasan dan persaingan poIitik serta dilaksanakan secara zalim serta dikuasai oIeh individu atau kelompok tertentu. Dalam sistem ini, hak poIitik masyarakat seperti mengundi, berpersatuan, bersuara dan sebagainya dihalang. Kebenaran hanya diberikan kepada kelompok yang menyokong pemerintahan tersebut. Kuasa politik dalam sistem ini bersifat terpusat dan dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Parti politik lain pula tidak dibenarkan wujud kecuaIi parti pemerintah. Media massa dan segala penyebaran maklumat dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Sebarang bentuk penentangan politik akan dihukum seperti diseksa, dibuang negara atau dibunuh. Penentangan politik dalam sistem ini hanya wujud secara berselindung atau rahsia seperti gerakan bawah tanah. Contohnya, Rusia di bawah pemerintahan Stalin berada dalam pemerintahan kuku besi.
democratic despotismdemokrasi fahaman kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi.
12

Kembali ke atas