Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kekau[k«.kAw]kata kerjacakar.Calau-balau ni tak laen kene kekau kuceng le ni.[tSA.lAw.bA.lAw ni tA/ lAen k«.n« k«.kAw ku.tSeN l« ni]Calar-balar ini tak lain kena cakar kucinglah ini.
selongket[s«.loN.ket]kata kerjamembongkar tanaman, terutama yang dilakukan oleh haiwan.Abes keledek aku kat kebon, kene selongket babi.[A.bes k«.le.de/ A.ku kAt k«.bon k«.n« s«.loN.ket bA.bi]Habis keledek aku di kebun, dibongkar oleh babi.
kerak[ke.ÄA/]kata kerjamenyerakkan bara api.Nasik dah kereng, kerakkan api bawah tungku tu.[nA.si/ dAh k«.ÄeN k«.ÄA/.kAn A.pi bA.wAh tuN.ku tu]Nasi sudah kering, serakkan bara api di bawah tungku itu.
tojang[to.dZAN]kata kerjamengayuh basikal.Mase kecik-kecik dulu, ari-ari aku tojang basikal pegi sekolah.[mA.s« k«.tSi/.k«.tSi/ du.lu A.Äi.A.Äi A.ku to.dZAN bA.si.kAl p«.gi s«.ko.lAh]Hari-hari aku kayuh basikal pergi ke sekolah.
memuncat[m«.mun.tSAt]kata kerjaberlari dengan pantas.Memuncat kene kejau bapak die, ade buat salah le tu.[m«.mun.tSA k«.n« k«.dZAw bA.pA/ di.j« A.d« bu.wAt sA.lAh l« tu]Dia berlari pantas apabila dikejar oleh bapanya, mesti ada buat salahlah tu.
cangkah-mangkeh[tSAN.kAh.mAN.keh]kata tugasberkenaan berlari secara lintang-pukang.Budak tu lari cangkah-mangkeh kene kejau anjeng.[bu.dA/ tu lA.Äi tSAN.kAh.mAN.keh k«.n« k«.dZAw An.jeN]Budak itu berlari lintang-pukang kerana dikejar oleh anjing.
buke belah[bu.k« b«.lAh] memulakan kerja awal menanam padi.Engkau dah buke belah ke?[«N.kAw dAh bu.k« b«.lAh k«]Engkau sudah memulakan menanam padi?
kene antu sembute[k«.n« An.tu s«m.bu.t«] berkenaan orang yang susah bangun daripada tidur pada sebelah petang hingga senja.Pegi kejot abang kau, kene antu sembute agaknye tak bangun-bangun.[p«.gi k«.dZot A.bAN kAw k«.n« An.tu s«m.bu.t« A.gA/.ø« tA/ bA.Non.bA.Non]Pergi kejutkan abang engkau, terkena hantu sembuta agaknya, tidak bangun-bangun.
ketam bunga[k«.tAm bu.N«] sejenis alat yang digunakan untuk membuat alur pada kepingan papan.Kau jangan lupe ketam papan tu pakai ketam bunge, baru ade alo.[kAw dZA.NAn lu.p« k«.tAm pA.pAn tu pA.kAj k«.tAm bu.N« bA.Äu A.d« A.lo]Engkau jangan lupa ketam papan itu dengan ketam bunga, baru ada alur.
menual[m«.nu.wAl]kata adjektifberkenaan bibir yang bengkak.Ape kene bibe kau menual ni, kene sengat tebuan ke?[A.p« k«.n« bi.be kAw m«.nu.wAl ni k«.n« s«.NAt t«.bu.wAn k«]Apa kena bibir engkau bengkak ni, kena sengat tebuan kah?
12345678910...

Kembali ke atas