Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kelvinkelvinUnit SI bagi suhu. Simbolnya, K.Menengah Atas
skala suhu mutlakabsolute temperature scaleSkala yang suhunya disukat dalam unit kelvin (K).Menengah Atas
ais keringdry iceKarbon dioksida pepejal yang memejalwap pada suhu -78°C (195 K) pada tekanan piawai. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat. Ais kering berfungsi sebagai bahan penyejuk.Menengah Rendah
unit asasbase unitUnit sistem ukuran bagi kuantiti-kuantiti asas. Contohnya, meter (m), kelvin (K), ampere (A), saat (s) dan kilogram (kg).Menengah Atas
KelvinKelvinUnit suhu dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) yang digunakan sebagai unit asas termodinamik. Simbol K.Menengah Rendah
kaliumpotassiumUnsur logam yang sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan sebagai komponen utama untuk membuat baja. Simbolnya, K.Menengah Atas
vitaminvitaminBahan organik yang sangat penting diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Jenis-jenis vitamin ialah vitamin A, B, C, D, E dan K.Menengah Rendah

Kembali ke atas