Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
O.K.K. SEDOMAN

O.K.K. SEDOMAN (   ?   -   ?  ), Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan suku Murut dari daerah Keningau, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri, dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili daerah Bingkor dalam Majlis Penashiat Ketua-ketua Anak Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
O.K.K. MOHAMAD SAMAN

O.K.K. MOHAMAD SAMAN (  ?  -  ?  ), Ketua Anak Negeri (1935 – 1937). Dia adalah ketua tradisional bagi kaum Melayu Brunei di wilayah Labuk dan Sungai Sugut, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili wilayahnya dalam Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. Dia diberi tanggungjawab untuk mengawal daerah Beaufort. Dia juga dipilih menjadi pengerusi Majlis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
O.K.K. DATUK SUNDANG

O.K.K. DATUK SUNDANG (   ?   -    ?  ), ahli politik, Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan suku Murut dari daerah Keningau, Sabah, yang menjadi ketua tradisional bagi kaumnya. Dia kemudian dilantik oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K). Dia mewakili wilayahnya dalam Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR

O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR (  ?  -  ?  )., Ketua Anak Negeri (1915 – 1919). Dia adalah keturunan Melayu Brunei yang menjadi ketua tradisional di daerah Sipitang, Sabah. Kepemimpinannya telah mendapat pengiktirafan Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang kemudian melantiknya sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.). Dia mewakili seluruh wilayah South Keppel (Putatan-Papar) dalam Majlis Pemasihat Ketua-ketua Anak Negeri dari tahun 1915 hingga tahun 1917. Tugas utamanya untuk menyimpan rekod yang berkaitan dengan kes peribumi dan penyata cukai serta pemindahan milik tanah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
O.K.K. PANGERAN MOHAMAD ABBAS

O.K.K. PANGERAN MOHAMAD ABBAS  (  ?   -  ?  ), Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan Melayu Brunei yang menjadi ketua tradisional di wilayah Dent, yang meliputi kawasan lembah Sungai Padas dan Semenanjung Klias di bahagian pantai barat negeri Sabah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI

S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah

tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap

Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1

Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli

perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli

akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah

berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938

sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu

dia baru sahaja menamatkan pengajian di

Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang

iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949.

Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri

Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai

Seremban), dan mengambil kontrak memberi

perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar

tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949,

dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka

cawangan perniagaan keluarganya di bandar

tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di

sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai

Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali

sebagai Java Street).

UMUM 
K

K ialah huruf ke-11 dalam abjad Inggeris. Ia juga

huruf dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit,

yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka

menyebut huruf ini kaph, perkataan mereka bagi

tapak tangan . Mereka mungkin menyesuaikannya

daripada hiroglif, atau simbol gambar orang Mesir,

yang menunjukkan tangan bagi melambangkan huruf

tersebut.

UMUM 
KELLOGG, W. K.

Kellogg, W. K. (1860–1951), pengeluar bijirin

Amerika yang terkenal dengan gelaran “King of The

Corn Flakes” (Raja Kepingan Jagung). Semasa

separuh pertama usianya, Will Keith Kellogg tidak

dikenali ramai. Namun apabila dilantik sebagai

ketua syarikat bijirin yang ditubuhkan pada tahun

1906, dia mula menjadi salah seorang pakar

jurujual dan saudagar utama pada waktu itu, dan

berjaya mengumpul harta.

UMUM 
NARAYAN, R. K.

Narayan, R. K. (1906–2001) ialah novelis dan

cerpenis India yang menulis dalam bahasa Inggeris.

Novel-novelnya memaparkan tentang kehidupan

orang biasa India yang menggambarkan kekhuatiran

tentang pertukaran identiti nasional dan sejarah. Para

pengkritik memuji Narayan kerana kualiti tragikomik

dalam hasil kerjanya dan kelembutan ironinya ketika

menggunakan watak ciptaannya.

UMUM 
RAMADHAN K.H.

RAMADHAN K.H. (1927-    ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada 16 Mac 1927 di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Ramadhan Kartahadimadja. Dia juga menggunakan nama samaran Gilang-gemilang. Ramadhan K.H. pernah belajar di Akademi Dinas Luar Negeri, tetapi tidak tamat kerana dia kurang berminat untuk menjadi seorang diplomat. Dia lebih tertarik pada dunia seni.

SASTERATokoh
123456

Kembali ke atas