Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ridang Ibkoyak besar.“koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kendis Ibcara mencukur rambut iaitu dengan mencukur di bahagian tepi kepala sahaja manakala bahagian tengah dan ubun-ubunnya dibiarkan. Biasanya bagi kanak-kanak untuk mengelakkan penyakit kudis.“koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sarung, *seraung* Kdterendak yang dipakai oleh suku Dusun Papar.Wanita-wanita ini menudungkan kepalanya dengan sejenis tudung kepala yang seakan-akan terendak di Malaya. Di Papar orang menamakan "sarung" dan bentuknya seakan-akan tudung saji di Malaya.Diari K. BaliGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keningau Kdsejenis tumbuhan (pokok yg kulitnya manis); Cinnamomum zeylanicum.Keningau berasal daripada nama pokok kayu iaitu "kayu manis" (sejenis rempah). Orang-orang Dusun memanggil daerah ini Keningau kerana daerah ini katanya terlalu banyak mengeluarkan kayu manis. Kayu manis menjadi barang dagangan kepada penduduk-penduduk di sini.Diari K. BaliGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bungun Kdalat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh.Kalau orang-orang di sini membawa barang-barang dagangan, mereka menggunakan ikutan sejenis raga yang diletakkan di belakang si pembawa itu. Ada juga orang menyebut bungun.Diari K. BaliGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tekiding MSbbakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya.Selesai memasak, mereka makan, mereka makan dengan berlaukkan apa entahlah. Sesudah makan mereka berkemas barang-barang ke dalam "tekiding" (tempat mengisi barang yang diletakkan di atas belakangnya).Diari K. BaliGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas