Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
K-mesonmeson-KFizikModenEmpat meson pseudoskalar yang mempunyai jisim kira-kira 495 MeV dan mereput melalui saling tindakan yang lemah: K+,K-,Kso,dan K1o. Meson-meson ini terdiri daripada dua dublet spin isotop, dublet [K+, Ko] dan budlet antizarahnya [K-, Ko] yang masing-masing mempunyai hipercas atau keanehan +1 dan –1, dengan Kodan Ko adalah gabungan keadaan K1o dan Kso) kaon.
Product Life Cycle (P.L.C)Kitaran Hayat Keluaran (K.H.K)PentadbiranTiadaPerjalanan jualan dan keuntungan sesuatu keluaran sepanjang hayatnya yang meliputi lima peringkat, iaitu pembangunan, pengenalan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan.
K starsbintang KMatematikTiadaBintang jenis spektrum K, berwarna oren kemerahan, dan mempunyai suhu permukaan yang kira-kira 3500 hingga 5000 kelvin. Arcturus dan Aldebaran adalah bintang K.
r & k selectionpemilihan r & kBiologiEkologiPemilihan dalam sesuatu populasi yang mengarah sama ada kepada strategi r ataupun strategi k. Lihat juga strategi r & k.
vitamin Kvitamin KPerubatanTiadaVitamin larut lemak yang terbit daripada naftokuinon dan terdiri daripada dua bentuk utama, iaitu vitamin K dan vitamin K2. Vitamin K1 banyak terdapat di dalam rumput alfalfa, kubis dan bayam, manakala vitamin K2 pula banyak terdapat di dalam ikan. Vitamin K diperlukan untuk sintesis trombin, dan kekurangannya menghindar sintesis protrombin oleh hati, dan dengan itu menjejaskan daya penggumpalan darah; kekurangan daya penggumpalan darah ini mengakibatkan perdarahan, terutamanya pada bayi pramatang, dan pada pesakit yang mengalami penyakit hati.
K-captureK-tawananFizikAtom dan NuklearElektron yang berada dalam orbitan petala-K yang ditawan oleh nukleus atom yang sama supaya nukleus atom tersebut menjadi lebih stabil. Tawanan ini menurunkan satu unit nombor atom kerana elektron yang ditawan mengubah satu proton nukleus kepada satu neutron.
K capturetangkapan KKejuruteraanTiadaTangkapan elektron K oleh nukleus.
r and K selection theoryteori pemilihan r dan KBiologiGenetikTeori ekologi populasi yang cuba untuk menetapkan sama ada keadaan persekitaran menyokong pemaksimuman r (kadar intrinsik peningkatan semula jadi) atau K (keupayaan membawa persekitaran); pemilihan r ialah apabila populasi boleh berkembang tanpa dihadkan oleh bekalan makanan; pemilihan K mengambil alih apabila saiz populasi dihadkan oleh bekalan makanan dan peningkatan sesuatu fenotip menghapuskan fenotip yang lain; pemilihan r beroperasi dalam keadaan ekologi apabila bekalan makanan adalah tidak menentu dan menggalakkan spesies yang membiak cepat dan menghasilkan progeni yang banyak; pemilihan K beroperasi dalam populasi yang hampir kepada keupayaan membawa persekitaran dan menggalakkan spesies yang membiak perlahan serta menghasilkan anak yang sedikit tetapi beradaptasi dengan baik terhadap suatu persekitaran yang stabil.
K radiationsinaran KKejuruteraanTiadaSinaran akibat pengujaan elektron petala K.
K electronelektron KKejuruteraanTiadaElektron yang beredar dalam petala K.
12345678910...

Kembali ke atas