Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep anak lelaki (kpd): Maniam ~ Muniandy. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata a/l


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bagi "L-amino acids". Adakah "L-asid amino" atau "asid amino-L"?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

L-amino acids = L-asid amino

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain23.07.2021
Apakah padanan bagi "L(+) lactic acid". Adakah "L (+) asid laktik" atau "asid laktik L (+)"?.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

L (+) lactic acid = L (+) asid laktik

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain23.07.2021
Apakah penggunaan tanda baca perkataan anak lelaki/ anak perempuan yang betul? a/l atau a.l?Tanda baca yang betul bagi anak lelaki ialah a/l  dan a/p bagi anak perempuan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 29 dan 70).Lain-lain21.08.2017
Apakah padanan bagi istilah di bawah ini? Monosodium salt of L-Glutamic Acid (Monosodium L-Glutamate) Sodium or Calcium Salt of Guanylic Acid or Inosinic Acid or a combination of these. Yeast extract or dried inactive yeast or autolyzed yeastSekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan padanan dan terjemahan seperti yang berikut:

Garam monosodium asid L-glutamik (Monosodium L-Glutamat) natrium atau garam kalsium asid guanilik atau asid inosinik atau gabungan bahan-bahan ini. Ekstrak yis atau yis tak aktif kering atau yis autolisis.
Penyemakan dan penterjemahan17.08.2021
Susunan ayat manakah yang betul: 1. Kejohanan Hoki (L) Bawah 15 Tahun MSSM 2009 atau 2. Kejohanan Hoki (L) MSSM 2009 Bawah 15 Tahun

Saudara,

Susunan yang betul ialah " Kejohanan Hoki MSSM 2009 (L) Bawah Umur 15 Tahun".

Lain-lain22.10.2010
Bagaimana menulis rujukan berikut: Alison, L.J., Snook, B. and Stein, K.L., 2001, 'Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forensic Research', Qualitative Research, vol. 1, no. 2, pp.241-54 ke dalam B Malaysia. Terima kasih.

 

Sdr. Liza, 

Dalam Bahasa Melayu, penulisan bibliografi yang saudara berikan itu ialah seperti yang berikut:

Alison, L.J., Snook, B. dan Stein, K.L., 2001. Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forencis Research. Kajian Kualitatif, jil.1, bil. 2, hlm. 241-54.

(Selepas hlm. 241-54, mohon masukkan kajian kualitatif ini dilakukan di mana - masukkan tempatnya, contoh:

hlm. 241-54. Jabatan Kajian Forensik, Universiti Malaya.

 

 

 

Lain-lain12.01.2010
Apakah perbezaan penggunaan imbuhan per...an dengan kata dasar yang dimulai huruf lSoalan saudara kurang jelas. Apakah yang saudara maksudkan dengan "perbezaan penggunaan imbuhan per...an dengan kata dasar yang dimulai huruf l"? Adakah tentang peluluhan huruf "l" apabila menerima awalan atau apitan? Jika itu yang dimaksudkan, kata dasar yang bermula dengan huruf "l" seperti ladang apabila menerima apitan peR-...-an menjadi perladangan. Kata yang dihasilkan tidak mengalami peluluhan huruf.Tatabahasa27.06.2011
mohon pencerahan untuk ejaan nama yang sebenarnya cth Noridah Binti Yahya atau Noridah binti Yahya Navukarasu A/L Ganeson atau Navukarasu a/l Ganeson1. Perkataan "binti" itu tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Noridah binti Yahya

2. Tanda baca yang betul bagi anak lelaki ialah a/l.  Navukarasu a/l Ganeson
Ejaan13.02.2020
Assalamualaiikum, saya ingin mendapat penjelasan berhubung penggunaaan huruf "I "yang seringkali ditulis sebagai "l ". Contohnya bagi perkataan MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM ditulis sebagai MAHKAMAH TlNGGl SHAH ALAM. kesilapan ini banyak terdapat di sign board PBT mahupun papan tanda iklan. Masalah timbul apabila anak saya yang baru pandai mengeja, akan mengeja huruf I tersebut sebagai l (L). harap dapat penjelasan berhubung perkara ini. sekian terima kasih.

Saudara,

Dicadangkan saudara merujuk perkara ini dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk penjelasan.

Lain-lain07.07.2010
Apakah kependekan bagi perkataan anak yang selalu digandingkan dengan nama seseorang yang bukan Muslim? Adakah Ambigapathy a/l Pandian, Ambigapathy al Pandian, Ambigapathu A/L Pandian?Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Ambigapathy a/l PandianLain-lain12.10.2021
123456789

Kembali ke atas