Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reductionpenurunanKimiaTiada1. Penyingkiran oksigen daripada sesuatu bahan, atau penggabungan hidrogen kepadanya. Misalnya, penurunan kuprum(II) oksida kepada kuprum oleh karbon. 2. Tindak balas yang melibatkan penerimaan elektron. Misalnya, penukaran ion ferum(III) kepada ion ferum(II). Proses penurunan boleh berlaku apabila bahan yang akan terturun, iaitu agen pengoksidaan, bertindak balas dengan agen penurunan atau menerima elektron daripada katod dalam elektrolisis. Bdg. pengoksidaan.
equationpersamaanMatematikTiadaPernyataan yang menyatakan kesamaan dua ungkapan. Contoh: (i) x + 2 = 3. (ii) . (iii) x2 + 3x + 2 = 0. (iv) (x + 1)2 = x2 +2x + 1.
consecutiveberturutanMatematikTiadaBerkaitan dengan sekumpulan sebutan yang berturut-turut dalam sesuatu jujukan. Contoh: (i) Diberi jujukan a1, a2, a3, ..., maka a10, a12, a13 merupakan 4 sebutan berturutan. (ii) 5, 6, 7, 8, 9 merupakan 5 nombor asli berturutan (iii) -3, -2, -1, 0, 1, 2 merupakan 6 integer berturutan.
Synthol processproses SyntholKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses mirip SRC-II yang menghasilkan minyak berat daripada arang batu. Proses ini dimulakan dengan memanaskan buburan arang batu-minyak pada nisbah 1 : 2 di dalam atmosfera kaya hidrogen. Kemudian buburan itu ditindakbalaskan di dalam reaktor turus terpadat dengan menggunakan mangkin kobalt/molibdat di atas silika/alumina pada suhu 465�C dan tekanan 4000 psig.
numeralangkaMatematikTiadaSimbol untuk mewakili sesuatu nombor. Misalnya, angka Roman ialah I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan angka Hindu-Arab ialah 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, ...
termsebutanMatematikTiada1. Setiap kuantiti dalam sesebuah ungkapan sekiranya ungkapan itu merupakan hasil tambah beberapa kuantiti (yang mungkin melibatkan anu). contoh: (i) 5x + 3y - 4z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y, dan - 4z. (ii) 2xy2 - 3 mempunyai dua sebutan, iaitu 2xy2 dan -3. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Misalnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya. Lihat juga jujukan.
oxidationpengoksidaanKimiaTiada1. Penggabungan oksigen dengan suatu bahan, atau penyingkiran hidrogen daripada bahan itu. misalnya, karbon bergabung dengan oksigen untuk membentuk karbon dioksida. 2. Tindak balas yang melibatkan kehilangan elektron. Misalnya, penukaran ion ferum(II) kepada ion ferum(III). Proses pengoksidaan boleh berlaku disebabkan oleh tindak balas bahan dengan agen pengoksidaan atau secara elektrik, iaitu proses ini berlaku di anod sewaktu elektrolisis. Bdg. penurunan.
Cartesian coordinate systemsistem koordinat CartesanMatematikTiada1. Sistem yang terbentuk apabila kedudukan suatu titik dalam satah ditentukan oleh dua paksi serenjang yang dinamai paksi-x dan paksi-y, dengan empat sukuan iaitu sukuan, I, II, III, dan IV dengan asalan 0.
oxidizerpengoksidaKimiaBiokimia1. Sebatian yang membebaskan oksigen pada suhu bilik atau apabila dipanaskan sedikit, seperti sebatian peroksida, klorat, perklorat, nitrat dan permanganat. 2. Bahan yang menerima elektron dalam suatu tindak balas pengoksidaan, seperti tindak balas pengoksidaan besi (logam neutral) oleh ion kuprum (II): Fe + Cu2+ ? Fe2+ + Cu . Ion Cu2+ menerima dua elektron daripada Fe dan terturun menjadi Cu. Dalam tindak balas ini, Cu2+ bertindak sebagai pengoksida.
oocyteoositBiologiHistologi dan Sitologi1. Sel pembiakan betina pada peringkat sebelum jasad kutub pertama terbentuk. Pada peringkat ini oosit primer mengalami pembahagian meiosis, dan menghasilkan oosit sekunder yang banyak mengandungi sitoplasma. Oosit sekunder yang terbentuk itu kemudiannya mengalami pembahagian meiosis II dan menghasilkan ovum dan jasad kutub. 2. Peringkat konjugan protozoon betina sebelum pengkonjugatan berlaku. ovosit.
123

Kembali ke atas