Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.go.go] | ا ݢو ݢو

Definisi : sj tarian yg diiringi muzik pop yg rancak yg popular pd 1960-an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata a go go


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa kah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan go-live (Bahasa Inggeris) Dalam Bahasa Inggeris:, Go-live is the time at which something becomes available for use. In software development, for example, go-live is the point at which code moves from the test environment to the production environment. As a verb, go-live means to make such an event happen.Belum ada terjemahan dan contoh penggunaan go-live dalam pangkalan data kami. Mohon tuan berikan cadangan terjemahan untuk membantu kami mencari padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2017
Apakah padanan yang sesuai untuk "Go all the way" Terima kasihMaksud "Go all the way" boleh memberi maksud yang berbeza mengikut konteks ayat. Cadangan daripada pihak kami maksud Go all the way ialah:
1. Pergi Berterusan
2. Pergi sepanjang jalan
Makna26.09.2017
i want go to the shopSoalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula.Lain-lain23.01.2011
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Istilah "go-to-market" merujuk kepada strategi atau pelan tindakan sesuatu syarikat untuk melancarkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatannya dalam pasaran dengan cara yang dapat menarik minat pelanggan sasaran. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "go-to-market"?Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut:

go-to-market - pasaran bersasar

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah26.04.2022
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa "on the go"? Frasa digunakan pada aplikasi telefon pintar dan membawa maksud mudah di pakai di mana-mana sahaja. Contoh ayat: Add invoice instantly on the go. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.DBP mencadangkan frasa on the go diberikan padanan mudah alih untuk merujuk telefon pintar (alat, peranti) yang mudah digunakan di mana-mana sahaja.  
Istilah13.08.2018
Adakah istilah "Go Green" bernaksud amalan hijau dalam bahasa melayu.
Menurut data kami, padanan Amalan Hijau adalah betul bagi perkataan "Go Green"
Makna23.11.2016
terjemahan sebenar KAD TOUCH N GO dalam Bahasa Melayu???Untuk makluman belum ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "KAD TOUCH N GO." Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah KAD SENTUH DAN JALAN atau KAD SENTUH DAN LALU.Istilah06.09.2012
Apakah terjemahan bagi "on-the-go" dan "car boot sale"? Saya tahu "mudah alih" adalah bagi alat-alat atau peranti. Tapi bagaimana pula kalau untuk, contohnya, "foodtruck" dan sebagainya?Dalam Oxford English Dictionary, on the go ialah frasa tidak baku (slanga) yang membawa maksud very active or busy, manakala dalam Collins English Dictionary on the go juga frasa tidak formal untuk active or energetic. Maka terjemahannya mengikut konteks. Cadangan terjemahan "car boot sale' ialah jualan but kereta, manakala cadangan bagi "foodtruck" ialah lori atau van makanan bergerak.Penyemakan dan penterjemahan01.12.2015
Assalamua'alaikum. mohon bantuan ejaan bagi tiga nama syarikat ini di dalam jawi sebagai pengesahan dbp. 1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD 2. PAHANG GO SDN BHD 3. ASIA DEBUT SDN BHD sekian, Terima Kasih.1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD - کوريدور اوتيليتي ڨهڠ سنديرين برحد
2. PAHANG GO SDN BHD - ڨهڠ ݢو سنديرين برحد
3. ASIA DEBUT SDN BHD - ايشا ديبيو سنديرين برحد
Ejaan13.12.2019
which net i had to go

Untuk makluman, selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di tingkat 25, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut:

Hari Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.30 petang - 4.30 petang

Hari Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari dan 3.00 petang - 4.30 petang

(kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am)

Lain-lain21.06.2011
1234

Kembali ke atas