Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
polinomialpolynomialUngkapan yang berbentuk seperti berikut: a0xn + a1xn-1 + ... + anx + an dengan a0, a1, a2, ..., an merupakan nombor tertentu, n merupakan integer positif dan x ialah pemboleh ubah.Menengah Atas
indeksindexNombor yang menyatakan kuasa. Secara umumnya, an dengan n merupakan indeks bagi a.Menengah Atas
sebutan ke-nnth termSebutan yang boleh mewakili sebarang nilai yang diberikan dalam satu persoalan matematik. Contohnya, jika n = 7, maka sebutan yang dimaksudkan ialah sebutan ke-7.Menengah Atas
matriksmatrixNombor yang disusun dalam m baris dan n lajur untuk membentuk susunan segi empat tepat. Matriks ini dikatakan matriks berperingkat m × n. <a href="http://prpm.dbp.gov.my/Glosarie/matriksMA.jpg" onclick="window.open(this.href, 'mywin', 'left=20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoha>Menengah Atas
pengkuantitiquantifierPernyataan yang menerangkan bilangan objek atau kes yang terlibat dengan sesuatu kejadian. Contohnya, n(A) = 10, bermakna bilangan unsur dalam set A ialah 10 dan n ialah pengkuantiti.Menengah Atas
bentuk piawaistandard formKaedah piawai untuk menulis nombor nyata. Melalui tatatanda saintifik, semua nombor nyata ditulis dalam bentuk A×10n, dengan 1 ≤ A < 10 dan n merupakan integer. Contohnya, 351 ditulis sebagai 3.51 × 10² dalam bentuk piawai.Menengah Atas
hukum indekslaw of indicesPeraturan yang digunakan bagi menyelesaikan satu operasi yang melibatkan indeks. Contohnya, am x an = a(m+n).Menengah Rendah
hukum logaritmalaws of logarithmHukum yang menyatakan bahawa: (i) logaritma hasil darab dua nombor bersamaan dengan jumlah logaritma kedua-duanya berdasarkan asas yang sama. Secara umumnya, logaxy = logax + logny. (ii) logaritma nisbah dua nombor merupakan logaritma pengangka tolak logaritma penyebut, . (iii) logaritma kuasa ke-n nombor ialah n didarabkan dengan logaritma nombor loga (mⁿ) = n logam.Menengah Atas
asasbase1. Asas dalam tatatanda an merujuk kepada a. Contohnya, 24 = 16, asas ialah 2. log5 125 = 3, asas ialah 5. 2. Cara untuk mengungkapkan sistem pernomboran. Asas dalam sistem perpuluhan ialah 10. Nombor-nombor lain juga boleh wujud. <a href="http://prpm.dbp.gov.my/Glosarie/asasMA.jpg" onclick="window.open(this.href, 'mywin', 'left=20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoha>Menengah Atas
polinomial kubikcubic polynomialPolinomial yang kuasa tertinggi pemboleh ubahnya ialah 3. Contohnya, x3- 1, 4a3 - 100a2 + a - 6, dan m3n + mn.Menengah Atas

Kembali ke atas