Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
simpang p-np-n junctionPembahagian antara bahan jenis-p dan jenis-n dalam peranti semikonduktor. <a href="http://prpm.dbp.gov.my/GSImage/Simpang_P_N.jpg" onclick="window.open(this.href, 'mywin', 'left=20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajaha>Menengah Atas
newtonnewtonUnit untuk daya. Simbol N.Menengah Rendah
dioddiodeSatu peranti elektronik yang mempunyai simpang p-n yang mengalirkan arus dalam satu arah sahaja, dan digunakan sebagai rektifier dalam alat-alat elektronik.Menengah Atas
tekananpressureDaya per unit luas. Tekanan diukur dalam unit newton per meter persegi, N/m2 atau pascal, Pa.Menengah Rendah
transistortransistorPeranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak.Menengah Atas
beratweightDaya yang bertindak ke atas jasad disebabkan tarikan graviti bumi. Berat diukur dalam unit newton (N).Menengah Atas
beratweightDaya yang bertindak ke atas jisim jasad disebabkan tarikan graviti bumi. Berat diukur dalam unit newton, N.Menengah Rendah
nitrogennitrogenUnsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas secara semula jadi dalam atmosfera. Komposisi gas nitrogen di atmosfera ialah 78%. Nitrogen digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan sebagai bahan penyejuk dan antipengoksida. Simbol N.Menengah Rendah

Kembali ke atas