Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bad] | ابد

Definisi : jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yg lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemi­lang­an (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama-lamanya; berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bad] | ابد

Definisi : masa seratus tahun: ~ kedua puluh waktu antara tahun 1901 hingga tahun 2000. berabad-abad beberapa abad (lamanya); beratus-ratus tahun: Permusuhan antara kedua-dua kaum itu telah bermula sejak ~ yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abad


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Sejak abad ke abad" Bolehkah sejak dan ke digunakan sebegini atau wajib membubuh "dari abad ke abad"?Frasa yang betul ialah "dari abad ke abad" dan jika perkataan sejak hendak digunakan, frasa yang betul ialah "sejak abad ke-19 ...".Tatabahasa29.10.2012
centuries=abad-abad, spiders=?Spider diterjemahkan kepada labah-labah (dalam bentuk tunggal). Dalam bentuk jamak tuan boleh menggunakan perkataan yang membawa maksud jamak seperti bilangan, lima ekor labah-labah atau beberapa ekor labah-labah.Penyemakan dan penterjemahan28.10.2014
Bagaimana satu abad dibahagikan kepada fasa awal abad, fasa pertengahan abad, dan fasa akhir abad?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP 2021), halaman 1, maksud abad ialah jangka masa seratus tahun yang berturutan. Untuk pembahagian fasa abad, perlu ditentukan tempoh masa yang dipenggalkan atau maklumat yang tepat.
Lain-lain09.02.2024
Salam sejahtera. Pertanyaan saya: Sekarang kita sedang berada pada abad 21. Yang manakah pernyataan yang tepat dan kenapa pernyataan itu dipilih? Pengajaran abad ke-21 atau pengajaran abad 21. Jika pengajaran abad ke-21 saya berpendapat kurang tepat kerana situasi kita sekarang berada pada abad 21 dan bukannya kita berada pada abad 20. Harap dapat penjelasan.Penggunaan yang betul ialah "Pengajaran abad ke-21.  Perkataan "Ke" di sni bukan bermaksud "menuju" tetapi bermaksud bilangan.  Contoh: abad pertama, abad keduaLain-lain06.03.2017
mohon pencerahan pengunaan 1. abad ke-21 dengan abad 21abad ke-21Ejaan06.12.2016
Salam sejahtera. Saya ingin merujuk soalan yang dikemukakan pada 6 Mac 2017 berkaitan frasa "Pembelajaran abad 21 atau pembelajaran abad ke-21, yang masih belum dijawab. Terima kasih.Jawapan : Penggunaan yang betul ialah "Pengajaran abad ke-21.  Perkataan "Ke" di sini bukan bermaksud "menuju" tetapi bermaksud bilangan.  Contoh: abad pertama, abad kedua dan sebagainya.Lain-lain13.03.2017
Salam sejahtera, Saya kini sedang belajar sejarah bahasa Melayu di universiti saya. Saya agak keliru dengan pengunaan tarikh Masihi berbanding dengan abad. Contohnya, sebuah batu bersurat dijumpai di Kuala Berang yang bertarikh 1303 Masihi. Abad ini juga dikenali sebagai abad ke-14. Setahu saya, seabad mengandungi 100 tahun. Mengikut kiraan, bukankah abad itu sepatutnya dikenali sebagai abad ke-13? Saya berharap tuan/puan dapat menyelesaikan kemusykilan saya. Sekian terima kasih. Yang benar, Brian KumarKiraan abad bermula dari tahun 1 - 100 = abad pertama, 101 - 200 = abad ke-2, 201 - 300 = abad ke-3 dan begitulah seterusnya hingga tahun 1301 - 1400 = abad ke-14.Lain-lain11.11.2010
dalam ayat, kita perlu guna apa..dalam abad atau pada abad kini atau sekarang?

Jawapan yang betul ialah pada abad kini.

Lain-lain08.10.2010
Apakah kelas kata dan etimologi (jika ada) bagi perkataan berabad-abad.Perkataan ‘berabad-abad’ termasuk dalam kelas kata adverba. Tiada maklumat berkaitan etimologi perkataan ‘berabad-abad’ dalam data DBP.  Makna15.10.2014
apakah sejarah bahasa melayu?Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain14.12.2007
123456789

Kembali ke atas