Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bad] | ابد

Definisi : jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yg lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemi­lang­an (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama-lamanya; berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bad] | ابد

Definisi : masa seratus tahun: ~ kedua puluh waktu antara tahun 1901 hingga tahun 2000. berabad-abad beberapa abad (lamanya); beratus-ratus tahun: Permusuhan antara kedua-dua kaum itu telah bermula sejak ~ yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abad


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virelaivirelaiMuzikTiada

Bentuk muzik dan puisi Perancis pada abad ke-14 dan abad ke-15. ABBA merupakan ciri struktur muzik yang utama. Vi­relai merupakan salah satu daripada formes fixes abad ke-14 dan abad ke-15.

paraphraseparafrasaMuzikTiada1. Karya polifoni abad ke-14 hingga abad ke-16 yang mengandungi petikan melodi yang dipinjam dan diubah suai daripada melodi sedia ada seperti canta. Contohnya, Missa Pange Lingua oleh Josquin de Prez (sekitar tahun 1450-an hinggatahun 1521). 2. Karya instrumental yang melibatkan teknik bermain vir-tuoso pada Zaman Romantik yang berasaskan melodi po­pular yang sedia ada seperti melodi daripada sebuah opera atau karya lain. Contohnya, Totentanz: Paraphrase uber das Dies irae (1849) untuk piano dan orkestra oleh Liszt.
airairMuzikTiada

Lagu Perancis pada abad ke-17 dan abad ke- 18. Air merupa­kan karya instrumental yang amat popular pada Zaman Barok. Air juga digunakan pada gerakan kedua dalam karya yang mengandungi beberapa gerakan muzik. Air biasanya dalam tempo andante atau adagio dan melodinya agak berlirik. Con-tohnya, Air on the G String daripada Orchestral Suite, No. 3, D major, BWV 1068 oleh J.S. Bach.

chorale variationskoral variasiMuzikTiadaVariasi organ abad ke-16 hingga abad ke-17 yang berasas­kan melodi koral Protestan Jerman. Melodi koral digubah sebagai cantus firmus bagi beberapa siri variasi. Gaya ini diperkembang oleh Sweelinck (1562-1621), seorang komposer Belanda.
phrygian bonnetbonet frigianKesenianTiadaTopi sama sendat daripada belulang, berbentuk runjung dan puncaknya dibiar melempai ke bawah. Pakaian orang Yunani dari abad ke-9 hingga abad ke-12. Dipopularkan semula pada abad ke-18.
phrygian capkep frigianKesenianTiadaTopi sama sendat daripada belulang, berbentuk runjung dan puncaknya dibiar melempai ke bawah. Pakaian orang Yunani dari abad ke-9 hingga abad ke-12, dipopularkan semula pada abad ke-18.
bassadanzabassadanzaMuzikTiadaTarian popular di istana Perancis pada abad ke-15 dan abad ke-16 biasanya bermeter dupel atau tripel. Bassadanza juga berkemungkinan dalam gabungan meter dupel dan tripel.Bassadanza dalam tempo tripel dikenali sebagai branle gay.Temponya perlahan dan mungkin diikuti tarian lain yang bertempo laju. Bassadanza melibatkan improvisasi berdasarkan muzik lain yang sudah wujud atau pada lapis tenor. Contohnya, Danseries a 4 Parties, Second Livre Basse Danse, No. I oleh Attaingnant (lebih kurang tahun 1494-1551).
bractiatespin braktiatKesenianTiadaPin yang digunakan untuk mengancing pakaian, pada abad ke-6 hingga abad ke-8.
bangsawanbangsawanMuzikTiada

Opera Melayu yang merupakan teater baru pada abad ke-19 dan abad ke-20. Bangsawan terdiri daripada cerita, muzik instrumental, nyanyian solo dan berkumpulan serta selingan yang dikenali sebagai extra-turn, Cerita atau watak adalah tentang golongan bangsawan. Bangsawan dipersembahkan di pentas prosenium dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri daripada alat muzik Barat, India dan Melayu. Dalam bangsawan, cerita Melayu, Arab, Cina, Barat dan India dipentaskan. Manakala tarian dan muzik pula menggabungkan ciri Barat, Melayu, Arab, Cina dan India. Teater ini mempunyai ciri persamaan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stambul dan ketoprak dari Jawa Tengah, ludruk dari Jawa Timur, zarzuela dari Filipina, likay dari Thailand dan hat cat luong dari Vietnam.

sackpakaian sakKesenianTiada1. Jaket kecil bayi yang dikancing dengan reben pada akhir, abad ke-19 dan awal abad ke-20.,2. Gaun longgar untuk pakaian harian yang dipakai oleh wanita pada abad ke-16. 3. Pakaian yang popular di Perancis pada awal abad ke-18 hingga tahun 1755 yang bercirikan dua lisu setentang pada bahagian belakang yang dijahit dari garis leher belakang ke bahu dan dilepaskan mengembang ke kelepet.
12345678910...

Kembali ke atas