Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ba.di] | ابادي

Definisi : Ar 1. ada permulaan yg tiada pengakhir­an (bkn masa, kehidupan, kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak ber­kesudah­an, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~; mengabadikan 1. menjadikan abadi, me­nge­kalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadi­kan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui per­cetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg terkorban; terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan; pengabadian perihal mengabadikan, pe­ngekal­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ba.di] | ابادي

Definisi : tetap ada sepanjang masa; tidak berkesudahan; kekal: Hanya Tuhan saja yg ~. mengabadi menjadi abadi: Karyanya ~ dlm khazanah kesusasteraan Melayu. mengabadikan menjadikan abadi; mengekalkan. keabadian keadaan abadi: ~ Ilahi. pengabadian perbuatan atau hal mengabadikan: Mengorbankan dirimu sendiri di jalan kebenaran ialah ibadah dan ~ yg sesungguhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abadi

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
active permafrostibun abadi aktifGeologiTiadaIbun abadi yang berupaya kembali kepada keadaan beku saka di bawah keadaan iklim kini selepas menjadi cair oleh proses semula jadi atau buatan.
permafrost tablemuka ibun abadiGeologiTiadaBatas atas ibun abadi, diwakili oleh permukaan tak sekata yang bergantung pada faktor-faktor setempat.
conservative forcedaya abadiMekanikGunaanDaya yang tabiatnya hanya bergantung kedudukan jasad yang ditindaknya, dan tidak pada halaju dan pecutan jasad itu. Kerja yang dilakukan oleh daya abadi untuk menggerakkan jasad berkenaan dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain tak bersandar pada laluan yang diikuti tetapi hanya pada kedudukan mula dan kedudukan akhir jasad itu. Daya abadi yang kerap ditemui dalam ilmu mekanik ialah berat sesuatu jasad dan daya pegas kenyal.
continuous permafrost zonezon ibun abadi selanjarGeologiTiadaZon ibun abadi yang tak tersampuk oleh poket atau tompok tanah tak beku.
subpermafrost waterair bawah ibun abadiHidrogeologiTiadaAir tanah yang terdapat di bawah ibun abadi. Ruj.: Cederstrom, Johnston, Subitzky 1953
supraperma-frost waterair atas ibun abadiHidrogeologiTiadaAir tanah yang terdapat di atas ibun abadi. Ruj.: Cederstrom, Johnston, Subitzky 1953
intrapermafrost waterair intraibun abadiGeografiTiadaAir tanah yang terdapat dalam lapisan tak beku, atau urat dalam ibun abadi.
eternal covenantzimmah abadiSejarahTiadaPermuafakatan atau persetujuan untuk bersama-sama sama ada waktu senang atau susah untuk selama-lamanya atau abadi.
intrapermafrost waterair dalam ibun abadiHidrogeologiTiadaAir tanah yang terdapat dalam lapisan tak beku, kanta atau urat dalam ibun abadi.
frost linegaris ibunGeologiTiada1. Kedalaman maksimum tanah beku di kawasan yang tidak terdapat ibun abadi.,2. Had dasar ibun abadi.,3. Had altitud yang bawah darinya tidak pernah terdapat ibun.
12345678910

Kembali ke atas