Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bang] | ابڠ

Definisi : 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit; 4. panggilan kpd suami; ~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain); berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang; berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg pengasih dan bertim­bang rasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bang] | ابڠ

Definisi : Jw merah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bang] | ابڠ

Definisi : 1 saudara lelaki yg lebih tua: ~ Long selalu membelikan saya buku. 2 panggilan kpd suami dan juga kpd saudara pupu lelaki yg lebih tua khasnya, kpd lelaki yg lebih tua sedikit amnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abang

Puisi
 

9Gunung dari Kelebang,
     Sampai ke Jeddah membawa guni;
Jangan sebarang ikut abang,
     Abang sudah ada bini.


Lihat selanjutnya...(417)
Peribahasa

Ada wang abang saya,
     tak ada wang abang payah.

Bermaksud :

Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elder brotherabangSosiologiTiadaTiada
elder stepbrotherabang tiriSosiologiTiadaTiada
grandmother's brotherabang nenek; adik lelaki nenekSosiologiTiadaTiada
grandfather's brotherabang datuk; adik lelaki datukSosiologiTiadaTiada
grandchild of brothercucu abang; cucu adik lelakiSosiologiTiadaTiada
big brother planrancangan contoh abangSosiologiTiadaTiada
first cousin (is older and male)abang sepupuSosiologiTiadaTiada
double rhymerima dwisukuKesusasteraanPuisiRima yang terdapat pada sesuatu perkataan yang terdiri daripada dua suku kata. Penekanan hanya diberi pada suku kata pertama sahaja. Contohnya, Pisang embun masak merekah, Dituris dengan pisau raut; Kalau abang pergi ke Makkah, Dua kali menyeberang laut.
psychodramapsikodramaPsikologiPsikologi UmumTerapi yang membuatkan klien melahirkan konflik dan perasaan dalamannya terhadap orang lain yang bertindak sebagai pelakon tambahan. Contohnya, individu yang bermasalah boleh bertindak atau melahirkan kemarahannya kepada ahli terapi yang berperanan sebagai bapa, sementara orang lain boleh memainkan peranan sebagai adik, abang, kakak, ibu serta orang lain dalam keluarganya.
religious fictionfiksyen keagamaanKesusasteraanTiadaFiksyen tentang agama, pemimpin atau petugas agama. Contohnya, ulama bagi Islam, paderi bagi Kristian, dan sami bagi agama Buddha. Fiksyen jenis ini terdapat dalam karya Anthony Trollope, atau dalam novel tentang penyelamatan peribadi seperti Siddhartha oleh Herman Hesse. Fiksyen kontemporari kerap kali mempersendakan agama dengan menonjolkan sifat kepura-puraan dan kehalobaan seseorang pemimpin agama. Contohnya novel tok Guru dan novel Ummi dan Abang Syeikhul oleh Shahnon Ahmad. Sesetengah karya fiksyen menangani isu agama secara serius, contohnya novel Khutbah di Atas Bukit oleh Kuntowijoyo.
12

Kembali ke atas