Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ʕab.di]/[ab.di] | عبدي

Definisi : orang yang dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yang diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan; abdi negara Id pegawai kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ʕab.di]/[ab.di] | عبدي

Definisi : 1 orang yg menjadi milik orang lain dan terpaksa menjalankan segala perintah tuannya dan boleh pula diperjualbelikan; hamba tebusan. 2 orang bawahan; hamba. mengabdi menjadi abdi; berlaku sbg abdi: Ketika itu, mereka semuanya berjanji akan ~ kpd nusa dan bangsa. mengabdikan 1 menjadikan abdi; menghambakan: Sepanjang hayatnya, baginda telah ~ dirinya kpd Tuhan dgn takwa. 2 menjadikan sbg abdi; memperlakukan spt abdi: Pd zaman moden ini, masih ada juga orang yg sanggup ~ orang-orang bawahan mereka. 3 memakai (sesuatu utk); menggunakan (sesuatu utk): Beliau telah ~ segenap tenaganya utk kepentingan negara. pengabdian perbuatan, hal dsb mengabdi atau mengabdikan: ~ terhadap agama, bangsa dan negara; Masalah ~ dan kerja paksa telah diselesaikan melalui undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abdi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan dan sebagainya dianggap sebagai kelewahan yang dibenarkan. Berdasarkan ungkapan ini, mungkinkah ungkapan inti sari, isi kandungan, mara ke hadapan dan yang seumpamanya dikategorikan sebagai kelewahan yang dibenarkan? Terima kasih.Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan, inti sari dan sebagainya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada penerangan tentang kelewahan yang dibenarkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Secara prinsipnya kelewahan bukanlah suatu kesalahan tetapi unsur yang berlebih-lebihan. Contohnya kata terbitan diperbuat  yang dianggap lewah bagi dibuat.Tatabahasa29.05.2012
Salam sejahtera puan, apakah kesalahan ayat-ayat berikut :- 1. Ibu tua itu menangis apabila dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri. 2. Buah-buah tembikai yang besar dan manis di dalam kotak-kotak itu. Terima kasih.1. Ibu tua itu menangis kerana dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri.
2. Buah-buah tembikai yang besar dan manis disimpan di dalam kotak-kotak itu.
Tatabahasa19.02.2013

Kembali ke atas