Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ʕab.di]/[ab.di] | عبدي

Definisi : orang yang dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yang diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan; abdi negara Id pegawai kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ʕab.di]/[ab.di] | عبدي

Definisi : 1 orang yg menjadi milik orang lain dan terpaksa menjalankan segala perintah tuannya dan boleh pula diperjualbelikan; hamba tebusan. 2 orang bawahan; hamba. mengabdi menjadi abdi; berlaku sbg abdi: Ketika itu, mereka semuanya berjanji akan ~ kpd nusa dan bangsa. mengabdikan 1 menjadikan abdi; menghambakan: Sepanjang hayatnya, baginda telah ~ dirinya kpd Tuhan dgn takwa. 2 menjadikan sbg abdi; memperlakukan spt abdi: Pd zaman moden ini, masih ada juga orang yg sanggup ~ orang-orang bawahan mereka. 3 memakai (sesuatu utk); menggunakan (sesuatu utk): Beliau telah ~ segenap tenaganya utk kepentingan negara. pengabdian perbuatan, hal dsb mengabdi atau mengabdikan: ~ terhadap agama, bangsa dan negara; Masalah ~ dan kerja paksa telah diselesaikan melalui undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abdi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIBERIA

Liberia ialah sebuah negara di pantai barat Afrika.

Ia merupakan negara merdeka yang kedua tertua

di dunia yang kebanyakan penduduknya terdiri

daripada warganegara kulit hitam. Negara merdeka

yang tertua ialah Haiti. Liberia ditubuhkan pada

tahun 1822 oleh hamba abdi yang telah dibebaskan

dan dihantar ke sini oleh masyarakat penjajah di

Amerika Syarikat. Hamba abdi yang dibebaskan

ini disertai oleh hamba abdi lain yang dibebaskan

daripada kapal hamba abdi yang menuju ke

Amerika Syarikat. Nama Liberia berasal daripada

perkataan Latin yang bermakna Tanah Bebas.

UMUM 
SPARTACUS

Spartacus (? –71 S.M.) , memimpin satu

pemberontakan besar hamba abdi menentang

Empayar Rom. Pemberontakan tersebut

berlangsung dari tahun 73 S.M. hingga 71 S.M.

UMUM 
PERHAMBAAN

Perhambaan merupakan satu amalan manusia

yang memiliki manusia lain. Seorang hamba abdi

menjadi hak milik kepada tuannya dan bekerja

untuknya tanpa sebarang upah atau gaji. Pemilik

yang disebut tuan atau puan membekalkan

makanan, tempat tinggal, dan pakaian kepadanya.

Perhambaan bermula pada zaman prasejarah dan

diamalkan sejak dari zaman tersebut. Perhambaan

pada zaman purba mencapai kemuncaknya di

Greece dan Empayar Rom. Pada Zaman

Pertengahan, amalan perhambaan mengalami

kemerosotan. Kemudian pada tahun 1500-an dan

1600-an, penjajahan Dunia Baru oleh orang Eropah

telah mengakibatkan berkembangnya perhambaan

secara pesat. Kemerosotan perhambaan

disebabkan oleh perubahan moral terhadap

perhambaan pada tahun 1800-an. Kini, perhambaan

adalah tidak sah di sisi undang-undang di hampir

setiap negara tetapi amalan ini masih lagi wujud di

beberapa bahagian Afrika, Asia, dan Amerika

Selatan.

UMUM 
TAYLOR, ZACHARY

Taylor, Zachary (1784–1850) ialah Presiden

Amerika Syarikat dari tahun 1849 hingga tahun

1850. Dia meninggal dunia pada 9 Julai 1850 setelah

hanya 16 bulan memegang jawatan. Taylor ialah

pemilik hamba abdi di Selatan tetapi dia tidak

menentang kemasukan California dan New Mexico

ke dalam kesatuan sebagai negeri bebas (bukan

hamba abdi).

UMUM 
PARIS

Paris dalam mitologi Yunani ialah anak lelaki

Priam, raja Troy. Ibu Paris, Hecuba, bermimpi

bahawa anak yang dikandungnya itu merupakan

obor yang akan membakar negara. Seorang

tukang tilik berkata mimpi itu bererti bahawa anak

itu akan menyebabkan kemusnahan Troy. Priam

menyerahkan Paris kepada seorang abdi dan

menyuruh abdi itu membunuh bayi tersebut.

UMUM 
ORANG MERDEHEKA

ORANG MERDEHEKA, kelompok bukan hamba abdi. Istilah merdeheka atau merdeka berasal daripada istilah Sanskrit ‘mahard-dika’. Pada zaman kerajaan Sriwijaya pada abad ke-17, merdeheka merujuk kepada seorang pembesar yang berkuasa terhadap rakyatnya atau hamba beliannya. Istilah ini kemudiannya tersebar ke Sulawesi dan kepulauan Filipina dengan penggunaan yang membawa makna kelompok atau kelas yang di atas golongan hamba ataupun mereka yang mempunyai hamba abdi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum
MONROVIA

Monrovia (pend. 421 058) ialah ibu negara dan

bandar utama Liberia, negara di barat Afrika.

Monrovia terletak di pantai Atlantik, di muara

Sungai Saint Paul, dan mempunyai sebuah

pangkalan yang baik dan moden. Untuk lokasi, lihat

Liberia (peta). Monrovia ialah pusat pendidikan dan

kebudayaan Liberia. Universitiy of Liberia terletak di

bandar Monrovia.

Monrovia mengambil sempena nama James

Monroe, Presiden Amerika Syarikat. Bandar ini

diasaskan pada tahun 1822 oleh Persatuan

Penjajahan Amerika. Persatuan ini telah menebus

kebebasan ramai hamba abdi Amerika dan

membantu mereka menubuhkan Republik Liberia.

UMUM 
SENOI

SENOI,  kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia.  Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud  orang atau manusia.  Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.  Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai.  Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya.  Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas