Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ʕab.di]/[ab.di] | عبدي

Definisi : orang yang dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yang diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan; abdi negara Id pegawai kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ʕab.di]/[ab.di] | عبدي

Definisi : 1 orang yg menjadi milik orang lain dan terpaksa menjalankan segala perintah tuannya dan boleh pula diperjualbelikan; hamba tebusan. 2 orang bawahan; hamba. mengabdi menjadi abdi; berlaku sbg abdi: Ketika itu, mereka semuanya berjanji akan ~ kpd nusa dan bangsa. mengabdikan 1 menjadikan abdi; menghambakan: Sepanjang hayatnya, baginda telah ~ dirinya kpd Tuhan dgn takwa. 2 menjadikan sbg abdi; memperlakukan spt abdi: Pd zaman moden ini, masih ada juga orang yg sanggup ~ orang-orang bawahan mereka. 3 memakai (sesuatu utk); menggunakan (sesuatu utk): Beliau telah ~ segenap tenaganya utk kepentingan negara. pengabdian perbuatan, hal dsb mengabdi atau mengabdikan: ~ terhadap agama, bangsa dan negara; Masalah ~ dan kerja paksa telah diselesaikan melalui undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abdi


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ulun II Kn, Ml, MSrhamba, abdi sahaya.Tidak seperti Karini yang dipelihara oleh Pak Cik Irom yang membuatnya seperti ulun.Sitti ArianaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kamah Ib, MSrkotor.Dalam kebanyakan hal, Pak Karim lebih melihat Minah sebagai abdi dua orang cucunya itu. Itu pun kerana sikapnya sendiri juga. Dia sendiri yang tidak dapat melihat barang mainan cucunya kamah sedikit. Dia akan cuci sendiri. Dia jemur sendiri jika perlu. Kalau tidak dijemurnya, akan dilapnya hingga kering dan bersih.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jerunai, *jerunei* Mltiang untuk menyimpan mayat keluarga pembesar masa dulu.Ini adalah adat raja dan adat orang yang mempunyai hamba abdi tatkala itu apabila mereka hendak mendirikan rumah atau mendirikan tiang 'jerunai'. Kononnya itu adalah sebagai persembahan kepada hantu penunggu tempat itu.Maharaja TugauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
barian MSbhantaran perkahwinan.Jumlah barian itu bergantung kepada kedudukan pihak perempuan dalam masyarakat Iranun. Keluarga masyarakat Iranun terdiri daripada keturunan Datu, Syarif, dan orang biasa serta hamba abdi. Jika kedudukan keluarga pihak perempuan itu tinggi maka tinggilah pula hantarannya.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nunggang Ibcerun.Sampai sekarang Nyawai masih juga dikenang dalam nyanyian dengan kata-kata, "Nyawai yang telah meninggal lesi laya sulai, mempelopori Sungai Bangkit menuruni nunggang. Temegoh yang ramai pengikut, dan ada tiga puluh orang abdi pengurang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas