Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ʕab.di]/[ab.di] | عبدي

Definisi : orang yang dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yang diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan; abdi negara Id pegawai kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ʕab.di]/[ab.di] | عبدي

Definisi : 1 orang yg menjadi milik orang lain dan terpaksa menjalankan segala perintah tuannya dan boleh pula diperjualbelikan; hamba tebusan. 2 orang bawahan; hamba. mengabdi menjadi abdi; berlaku sbg abdi: Ketika itu, mereka semuanya berjanji akan ~ kpd nusa dan bangsa. mengabdikan 1 menjadikan abdi; menghambakan: Sepanjang hayatnya, baginda telah ~ dirinya kpd Tuhan dgn takwa. 2 menjadikan sbg abdi; memperlakukan spt abdi: Pd zaman moden ini, masih ada juga orang yg sanggup ~ orang-orang bawahan mereka. 3 memakai (sesuatu utk); menggunakan (sesuatu utk): Beliau telah ~ segenap tenaganya utk kepentingan negara. pengabdian perbuatan, hal dsb mengabdi atau mengabdikan: ~ terhadap agama, bangsa dan negara; Masalah ~ dan kerja paksa telah diselesaikan melalui undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abdi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bondmanabdiSejarahTiadaOrang yang menjadi abdi yang berkhidmat untuk tuan tanah dalam sistem feudal sebelum zaman pembaharuan di Eropah.
enslavementpengabdianSejarahTiadaTindakan atau proses menjadikan golongan tertentu sebagai hamba abdi, biasanya sistem berbentuk feudal akan mengikat penyewa tanah sebagai abdi apabila tidak dapat menyelesaikan hutang.
slaveabdi/ hambaGeografiTiadaTiada
slaveabdi/ hambaSosiologiTiadaTiada
slaveabdi/ hambaSejarahTiadaTiada
manumissionpembebasan abdiSosiologiTiadaTiada
thrall (thraldom)abdiSejarahTiadaTiada
domestic slaveabdi rumahtanggaSejarahTiadaHamba yang dibeli khusus untuk tuga-tugas dalam rumahtangga.
full-slaveabdi-penuhSejarahTiadaTiada
slave statekeadaan abdiMatematikTiadaTiada
12

Kembali ke atas