Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ab.jad] | ابجد

Definisi : 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka utk menyata­kan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyu­sun­an perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ab.jad] | ابجد

Definisi : 1 urutan huruf Jawi yg disusun menurut nilai drpd satu hingga seribu (spt alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4). 2 susunan atau urutan huruf dlm sesuatu sistem tulisan (spt a, b, c dlm sistem huruf Rumi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abjad


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABJAD UMUM 
AA ialah huruf pertama dalam abjad Inggeris. Ia merupakan huruf pertama dalam semua abjad yang
daripadanya berkembang abjad Inggeris. Orang Semit
UMUMKonsep
ABJAD PENGAJARAN AWALAbjad pengajaran awal (i.t.a.) ialah sistem

penulisan yang direka bentuk bagi memudahkan

orang ramai belajar membaca bahasa Inggeris.

UMUMUmum
ABJAD CYRIL

Abjad Cyril lihat Bahasa Rusia .

UMUMUmum
S

S ialah huruf ke-19 dalam abjad Inggeris. Ia juga

ialah huruf dalam abjad orang Semit purba, yang

pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka

menamakannya shin , yang bermakna gigi.

Orang Phoenicia mengambil huruf Semit itu dan

memberikannya bentuk yang lebih biasa, dan

orang Yunani memusingkannya ke tepinya. Lihat

Abjad.

UMUM 
O

O ialah huruf ke-15 dalam abjad Inggeris. Ia juga

terdapat dalam abjad yang digunakan oleh orang

Semit, yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.

Mereka menamakan huruf ini ayin , perkataan

mereka bagi mata. Mereka menggunakan gambar

mata yang diubahsuai sebagai simbol huruf ini.

Mereka mungkin meminjamnya daripada hiroglif

atau huruf bergambar Mesir. Orang Phoenicia

meminjam huruf ini daripada orang Semit.

Kemudian, orang Yunani meminjamnya pula

daripada orang Phoenicia. Mereka menamakannya

omikron . Lihat Abjad.

UMUM 
R

R ialah huruf ke-18 dalam abjad Inggeris. Ia juga

adalah huruf dalam abjad yang digunakan oleh

orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan

Palestin. Mereka menamakannya sebagai resh ,

perkataan mereka untuk kepala dan meminjam

daripada hiroglif , atau simbol gambar Mesir untuk

kepala manusia sebagai lambangnya. Kemudian

Orang Yunani menamakan huruf itu sebagai rho.

Apabila orang Rom mengambilnya, mereka

memberikan huruf besar R seperti yang ada kini.

Lihat Abjad .

UMUM 
N

N ialah huruf ke-14 dalam abjad Inggeris. Ia juga

huruf ke-14 dalam abjad yang digunakan oleh orang

Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.

Simbol ini berasal daripada hiroglif Mesir (atau

tulisan bergambar) untuk ular. Kemudian tradisi

Semit Barat menamakan huruf ini sebagai nun,

perkataan yang digunakan untuk ikan. Orang Yunani

mengambil alih huruf ini daripada Phoenicia dan

menamakannya sebagai nu. Lihat Abjad.

UMUM 
M

M ialah huruf ke-13 dalam abjad Inggeris. Ia juga

merupakan huruf ke-13 dalam abjad yang

digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal

di Syria dan Palestin. Mereka menamakannya

mem, yang dalam bahasa mereka bererti air, dan

menyesuaikannya dengan bentuk hiroglif atau

simbol gambar Mesir untuk air. Orang Yunani

menamakannya mu . Lihat Abjad.

UMUM 
K

K ialah huruf ke-11 dalam abjad Inggeris. Ia juga

huruf dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit,

yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka

menyebut huruf ini kaph, perkataan mereka bagi

tapak tangan . Mereka mungkin menyesuaikannya

daripada hiroglif, atau simbol gambar orang Mesir,

yang menunjukkan tangan bagi melambangkan huruf

tersebut.

UMUM 
1234

Kembali ke atas