Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ab.jad] | ابجد

Definisi : 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka utk menyata­kan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyu­sun­an perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ab.jad] | ابجد

Definisi : 1 urutan huruf Jawi yg disusun menurut nilai drpd satu hingga seribu (spt alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4). 2 susunan atau urutan huruf dlm sesuatu sistem tulisan (spt a, b, c dlm sistem huruf Rumi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abjad


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reservation numbernombor tempahanPentadbiran PerniagaanTiadaAksara yang ditetapkan oleh sistem komputer bagi setiap tempahan atau operator mungkin memasukkan nombor tempahan yang mengikut abjad, abjad-angka atau angka.
inverse alphabetabjad songsangTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTeknik penyulitan klasik, iaitu satu abjad kepada suatu kedudukan diwakilkan dengan abjad pada kedudukan songsangnya dalam senarai abjad. Contohnya, abjad Roman Z menjadi A dan sebaliknya B menjadi Y.
transcriptiontranskripsiKesusasteraanTiadaPengubahan teks dari satu abjad ke abjad yang lain, dengan tujuan menyarankan lafaz bunyi unsur bahasa bersangkutan.
caesar ciphersifer caesarTeknologi MaklumatTiadaAlgoritma yang menganjak setiap abjad kepada abjad lain. Contohnya jika anjakan 3 kali, huruf A akan menjadi huruf D dan huruf W akan menjadi huruf Z.
alphabetical classificationpengelasan abjadHerbaTiadaPengelasan herba berdasarkan urutan abjad nama Latin atau nama tempatan herba. Aturan ini digunakan dalam kamus dan farmakopeia. Pengelasan abjad ini sesuai untuk rujukan cepat namun tidak memberikan gambaran berkenaan hubung kait antara herba.
alphanumeric formatformat abjad angkaTeknologi MaklumatPerisianFormat yang membenarkan data jenis abjad angka dimasukkan ke dalam sistem. Contohnya, kata kunci yang menggunakan format abjad angka.
alphanumeric data typejenis data abjad angkaTeknologi MaklumatPerisianJenis data yang terdiri daripada beberapa kombinasi abjad, angka dan aksara khas. Abjad merupakan aksara A-Z, angka terdiri daripada 0-9, manakala aksara khas merupakan aksara lain seperti !, -,*.
characters in picapanjang abjadPerpustakaanTiadaKepanjangan yang dinyatakan dalam bentuk poin dengan 26 huruf abjad yang digunakan dalam pencetakan dan bentuk yang tersebut ditentukan melalui perbandingan kepanjangan abjad.
alphabet lengthpanjang abjadPerpustakaanTiadaPanjangnya dua puluh enam huruf abjad, yang dinyatakan dalam bentuk poin yang boleh dibahagikan kepada 341 bagi menghasilkan jumlah 'per pica aksara', dan bentuk huruf pula dikenal pasti melalui perbandingan panjang abjad tersebut.
alphabetic filingpemfailan abjadPentadbiran PerniagaanTiadaSistem fail yang mengikut abjad.
12345678910...

Kembali ke atas