Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ab.sah] | ابسه

Definisi : Id sah (bkn surat keterangan dll); mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dll); keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya; keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya; pengabsahan pengesahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata absah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
statepemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganInstitusi pemerintahan yang absah yang menguasai serta melaksanakan kuasa pentadbiran terhadap masyarakat. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan tetapi tidak tepat untuk mengatakan kerajaan itu sama dengan pemerintah. Kerajaan merupakan sebahagian daripada pemerintah. Kerajaan boleh berubah apabila tewas di dalam pilihan raya tetapi institusi pemerintah tetap kekal. Pemerintah merangkumi kerajaan serta semua agensi seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Pemerintah ini juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati serta mempunyai autoriti ke atas masyarakat. Contohnya, kerajaan negeri Terengganu berubah daripada kerajaan PAS kepada kerajaan BN pada pilihan raya 2004 tetapi agensi pemerintahannya tetap kekal. Sinonim negara.
sovereign authorityautoriti berdaulatSains PolitikPolitik PerbandinganAutoriti pemerintah yang absah, merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain sama ada dar dalam dan luar negeri. Autoriti ini dimiliki oleh pemerintah dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Kedudukan autoriti yang berdaulat ini memberi pemerintah itu satu hak yang bebas untuk menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi sendiri serta melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya. Autoriti berdaulat ini tidak wujud dalam pemerintahan yang dikuasai oleh pihak asing seperti kedudukan pemerintah boneka Iraq setelah dicerobohi oleh Amerika Syarikat pada pascaperang Iraq pada tahun 2003. Sinonim kuasa berdaulat.
legitimacykeabsahanSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan pemerintah yang diterima secara sah oleh rakyat setelah dipilih melalui peraturan yang diterima pakai oleh sesebuah negara. Keabsahan hanya wujud apabila kerajaan yang muncul menggunakan prosedur yang sepatutnya dalam memilih kerajaan dan proses tersebut berjalan tanpa kekerasan. penipuan, rasuah atau manipulasi. Pemerintah yang muncul secara pemberontakan, rampasan kuasa dengan pembunuhan pemimpin negara atau kudeta tentera tidak mendapat keabsahan. Untuk mendapatkan keabsahan dan penerimaan orang ramai, kerajaan yang muncul ini kemudiannya akan mengadakan pilihan raya. Contohnya, penguasaan Amerika Syarikat ke atas pemerintahan Iraq tidak absah dan dengan itu mereka terpaksa mengadakan pilihan raya pada tahun 2005 bagi mendapatkan legitimasi.
powerkuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKeupayaan untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang, kelompok atau negara lain yang biasanya mempunyai kaitan dengan autoriti. Melalui keupayaan ini, ia boleh mengarah seseorang, kelompok atau negara bertindak mengikut kehendaknya. Kuasa politik selalunya bersandarkan kepada sokongan orang ramai, kekuatan tentera atau ekonomi yang diberi melalui peruntukan perlembagaan, kelulusan dewan perundangan atau pengesahan di peringkat PBB. Lawatan penting dalam pemerintahan, pentadbiran negara dan organisasi penting selalu diikuti dengan kuasa atau bidang kuasanya. Dengan itu, ia menjadi rebutan orang ramai seperti pilihan raya yang menjadi saingan parti politik kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara. Kuasa boleh juga wujud dalam keadaan tidak absah seperti menggunakan kekuatan tentera, kekerasan dan dilaksanakan ke atas pihak yang lebih lemah. Contohnya, tindakan Amerika Syarikat mengingkari keputusan PBB untuk bertindak menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah satu manifestasi penggunaan kuasa tanpa sebarang kewajaran atau kelulusan.

Kembali ke atas