Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : beberapa kali, berulang-ulang, kerap kali, sering kali: dia masih melakukannya walaupun sudah ~ ditegur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kerap kali; selalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kali (kata nama)
Bersinonim dengan darab.

Peribahasa

Yang berhutang terjerat di kaki,
     yang menjamin terjerat di leher.

Bermaksud :

Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. a. Barangkali b. sering kali acap kali kerap kali Mengapa bentuk pengejaan antara a dengan b berbeza? Mengapa a tidak dieja mengikut rumus kata majmuk. Bukankah pelbagai rumus yang berbeza akan menambahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa MelayuDalam hal ini tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan, kecuali merujuk kamus. Sebahagian kecil perkataan dianggap kekecualian dalam bahasa Melayu dan tidak dieja mengikut rumus tertentu. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Ejaan10.05.2012
Kita acap kali tersentak oleh kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Adakah perkataan 'tersentak' sesuai digunakan dalam ayat ini?

Perkataan “tersentak” sesuai digunakan. Ayat yang lebih tepat ialah “Kita acap kali tersentak dengan berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa”.

Tatabahasa14.01.2022
Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkaliEjaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali.Ejaan06.05.2012
Adakah dialog berikut mengikut hukum nahu Melayu dengan betul? "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disamaertikan dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu.Ayat yang betul ialah "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disama erti dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu.Tatabahasa17.10.2018
bagaimana hendak membezakan ejaan 'acap kali' dengan 'adakala'? mengapa adakala dieja rapat sedangkan ada dan kala ada maksud yang tersendiri. mengapa pula acap dan kali dieja terpisah? ( ejaan ini saya rujuk dari Lembar Bahasa )Acap kali bermaksud beberapa kali, berulang kali, kerap kali, sering kali. Adakala bermaksud kadangkala, sekali-sekali. Kedua-dua perkataan ini sudah mantap dari segi ejaannya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 4 dan 7.  Ejaan06.04.2008
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kaliJawapan yang betul ialah:
1. temu duga
2. soal selidik
3. masa kini
4. kadangkala
5. ubah suai
6. acap kali
Ejaan05.04.2013
Assalamu'alaikum, Mohon saya berkongsi pendapat (Saya pernah mengajukan perkara ini ke Facebook DBP). Kebelakangan ini saya dapati istilah ‘SALAM’ acap kali disalahguna dan disalahertikan. Bermula dengan “SALAM SEJAHTERA” sehinggalah sekaran ini yang semakin popular; “SALAM TAKZIAH”. Ucapan salam adalah bermaksud doa kepada seseorang dengan tujuan supaya penerima ujapan tersebut mendapat sejahtera, bahagia dan seumpamanya. Saya rasa DBP sendiri tentunya maklum, erti SALAM adalah; SEJAHTERA, SELAMAT (kata asalnya adalah salam). Kalau dalam bahasa Inggeris pula ia boleh membawa maksud; HAPPY, PEACE, MERRY. Bayangkan makna SALAM TAKZIAH jika diterjemah kedalam bahasa Inggeris; HAPPY CONDOLENCE. Kita berharap seseorang itu boleh BAHAGIA dalam suasana DUKA. Saya dapati perkara seperti ini kerap dilakukan oleh juruacara, pengacara media massa, pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan orang ramai. Ditakuti nanti ia akan menjadi budaya yang salah kerana kita tidak boleh menafikan apabila ia sudah menjadi kebiasaan, maka amat susah untuk diperbetulkan seperti ucapan SALAM SEJAHTERA.Salam membawa dua maksud, iaitu sejahtera dan penyataan hormat seperti lazimnya kita berjabat tangan apabila menyatakan perasaan sukacita ataupun dukacita. Merujuk konteks yang tersebut penggunaan Salam Takziah sebagai menyatakan perasaan dukacita dengan cara hormat. Ungkapan Salam Sejahtera pula jika diamat-amati membawa makna yang berulang-ulang kerana salam juga bermaksud sejahtera. Walau bagaimanpun ungkapan Salam Sejahtera telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa04.09.2012
Salam bahagia, saya telah berinisiatif untuk mencari entri 'banyak' dalam Kamus Dewan atas talian DBP untuk mengenal pasti golongan/kelas kata dan maknanya tetapi tidak saya temukan. Kata 'banyak' kerap digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Malangnya pada pengamatan saya, kata ini acap kali disalahkan kerana jahil akan golongan kata, makna dan penggunaannya. Untuk meleraikan kemusykilan bahasa ini demi kemaslahatan orang ramai, besarlah harapan pihak tuan/puan memberikan penjelasan dari segi morfologi dan semantik. Bahasa Jiwa Bangsa. Sekian. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Berdasarkan carian kami,  entri "banyak" terdapat pada halaman 9 Kamus Dewan di PRPM.Tatabahasa20.12.2016
APAKAH MAKSUD SERING?

Saudara Puiman,

Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), ke­kerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita.

Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.

Makna12.09.2012
Kajian menunjukkan bahawa lebih kerap ahli keluarga makan bersama-sama, maka lebih rendahlah kemungkinan anak-anak terbabit dalam gejala sosial. Adakah istilah kerap dalam ayat ini boleh digantikan dengan selalu? kalau tidak, mengapa? terima kasih!Dalam konteks ayat tersebut, perkataan kerap lebih sesuai untuk digunakan.
Merujuk kepada Kamus Dewan, "kerap" ditakrifkan sebagai: acap kali, berkali-kali, selalu, sering. Manakala "Selalu" ditakrifkan sebagai: sentiasa, selamanya, sepanjang masa. "Selalu" juga ditakrifkan sebagai seluruh, semua, terus dan langsung. Oleh itu, ayat yang dibina, perlulah mengikut konteks.
Lain-lain28.09.2020
12

Kembali ke atas