Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acapkali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, ISTILAH CURATION & CURATED DALAM BAHASA MELAYU. Istilah tersebut acapkali ditemui dalam pelbagai bahan penerbitan namun ia digunakan secara meluas dalam Bahasa Inggeris. Apakah istilah yang tepat boleh digunakan di dalam Bahasa Melayu bagi mewakili 'Curation' dan 'Curated' Terima Kasih di atas maklumbalas tuan/puan.Dalam data kami, curation diterjemahkan kepada kurasi, namun tiada padanan untuk perkataan curated. Berdasarkan bentuk kata kurasi yang telah diterima pakai, perkataan curated boleh diterjemahkan kepada terkurasi atau dikurasi bergantung pada konteks penggunaannya.Istilah19.02.2019
Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkaliEjaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali.Ejaan06.05.2012
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kaliJawapan yang betul ialah:
1. temu duga
2. soal selidik
3. masa kini
4. kadangkala
5. ubah suai
6. acap kali
Ejaan05.04.2013
Salam, saya ingin bertanya berkenaan penghasilan soalan klon mengikut kertas peperiksaan. Saya merupakan seorang editor, saya ingin tahu dari segi apa yang dikatakan sebagai soalan klon?Adakah melalui isinya yang ditiru hampir dengan soalan kertas peperiksaan, atau dari segi format, atau dari segi jenis atau struktur soalan?Acapkali definisi soalan klon yang saya dapat melalui penulis agak berbeza-beza. Atau sebenarnya soalan klon itu bergantung kepada penulis itu sendiri untuk 'meniru' bahagian2 tertentu atau sebenarnya selama ini para penulis kami silap tafsir dalam definisi soalan klon kertas peperiksaan?Dan jika sudah namanya soalan klon, adakah ini bermakna setiap penggunaan tatabahasa seperti imbuhan 'kan', atau sebagainya perlu sama seperti kertas peperiksaan?Harap2nya soalan saya ini jelas dan semoga DBP dapat membantu. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan klon bermaksud  produk yang dihasilkan menyerupai model asal dari segi fungsi, ciri dan sebagainya. Walau bagaimanapun tidak ada tafsiran yang jelas tentang soalan klon yang saudara perlukan dalam pangkalan data kami. Hal ini perlu dirujuk kepada pihak yang lebih arif termasuklah dalam hal perundangan, sedangkan kamus hanya dapat memberikan makna kata tersebut dari aspek umum.Tatabahasa14.08.2012

Kembali ke atas