Namier, Sir Lewis (1888–1960) merupakan salah seorang ahli sejarah yang paling berpengaruh pada zamannya. Bukunya, The Structure of Politics at the Accession of George 111 (1929), menunjukkan pengetahuannya yang mendalam tentang sejarah politik British pada zaman pemerintahan George. Hasilnya yang penting tentang sejarah zaman George juga termasuklah Crossroads of Power (1982), iaitu himpunan 20 hasil ceramahnya. Hasil karyanya yang lain termasuk In the Margin of History (1939), Conflicts (1942), Avenues of History (1952), In the Nazi Era (1952), Personalities and Powers (1955), dan Vanished Supremacies (1958). Namier lahir di Rusia. Dia menuntut di Oxford University. |