Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cuan] | اچوان

Definisi : 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorak­kan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cuan] | اچوان

Definisi : bekas tempat menuang bahan sesuatu yg hendak dibentuk: ~ kuih baulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acuan

Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam.. Saya ingin meminta pendapat DBP, sesuai atau tidak sekiranya saya menggunakan perkataan ' kilang acuan barangan elektronik' untuk papan iklan premis tempat saya berkerja.Nama premis mesti tepat menggambarkan keterangan/aktiviti syarikat. Jika Kilang Acuan Barangan Elektronik bermaksud kilang tersebut membuat bekas yang mempunyai bentuk tertentu untuk dituangkan sesuatu bahan cecair bagi barangan eletronik.Lain-lain04.03.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera DBP.Saya mahu bertanya,adakah perkataan 'Formwork' di dalam Bahasa Melayu adalah 'Papan Acuan' atau ada terjemahan lain lagi?. *Bidang pembinaan.Padanan bahasa Melayu yang diberikan bagi Formwork adalah betul, iaitu acuan.Lain-lain14.12.2020
Assalamualaikum, Dalam bukunya Sains Matematik dalam acuan bahasa Melayu dan Islam , Shaharir Mohamad Zain ada kemukakan istilah - istilah seperti barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme. Saya tidak pernah dengar istilah - istilah ini dan saya ingin tahu jika DBP menerima pakai istilah tersebut dan mempunyai entri di PRPM?Akhiran "-isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme.Untuk makluman tuan, buku  Sains Matematik dalam Acuan Bahasa Melayu dan Islam karya Shaharir Mohamad Zain,bukan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah yang tuan senaraikan, iaitu  barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme tidak ada dalam pangkalan DBP.Makna16.10.2017
pekerja itu "menyimbah" bancuhan simen ke dalam acuan. adakah "menyimbah" betul digunakan di sini? ataupun "menuang"? terima kasih.Perkataan yang tepat ialah menuang.Tatabahasa29.07.2013
apakah tatabahasa tradisonal?Tatabahasa tradisional adalah mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani. Tatabahasa ini dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain dan bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik moden.Tatabahasa27.07.2006
Saya ingin bertanya tentang pemisahan kata mengikut sebutan kata: 1. acuan: a/cuan ATAU a/cu/an Adakah perkataan lain seperti tuan, luas, kemajuan juga dipisahkan mengikut teori yang sama? 2. sajian: sa/jian ATAU sa/ji/an Adakah perkataan lain seperti keberanian, tarian, pertanian juga dipisahkan mengikut teori yang sama? TQ.1. [a.cuan]
2. [sa.jian]

Perkataan lain disebut mengikut teori yang sama. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP 2008 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa22.04.2013
Perkataan "diacuankan" atau "mengacuankan" boleh dibentuk untuk menyatakan kerja "menjadikannya suatu bentuk" atau tidak?Acuan juga bermaksud sesuatu yg dapat membentuk atau mencorakkan sesuatu (kiasan), mengacuankan boleh dibentuk sama makna dengan mencorakkan, diacuankan tiada penggunaannya dalam bentuk (dibentukkan) atau corak (dicorakkan)Tatabahasa15.06.2007
Adakah penggunaan kata bahasa yang betul PEKERJA BINAAN MAHIR 1 Pemasang Konkrit Pratuang 2 Pemasang Sistem Acuan 3 Pemasang Sistem Blok 4 Pemasang Kekuda Bumbung 5 Jurulepa 6 Pemasang jubin 7 Penerap Bata 8 Jurubengkok Besi Tetulang 9 Tukang Kayu 10 Tukang Konkrit 11 Pemasang Dinding 12 Pemasang Siling 13 Tukang Cat 14 Operator Jentera 15 Pemasang Perencah 16 Operator Kren 17 Juruambin dan Jurutali 18 Tukang Paip 19 Penjaga Jentera 20 Penyambung Kabel 21 Pendawai 22 Jurukimpal 23 Jurugegas Petrokimia 24 Jurubagas & Jurucat 25 Juru Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal 26 Penyiasat Tanah?Sila berikan istilah bahasa Inggeris untuk kami memastikan sama ada padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Hal ini kerana kebanyakan istilah yang diberikan tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.Istilah22.11.2016
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Machined Impression Die Forging'?Padanan yang dicadangkan ialah tempaan acuan teraan mesin.Istilah19.01.2016
Assalamaualaikum Encik, tolong bantu saya untuk memastikan ayat-ayat berikut betul atau perlu dipinda. terima kasih. 1) Izat bersikap seperti ibu dan ayahnya yang selalu membantu penduduk kampung yang hidup dalam kesusahan kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. 2) Pakaian abang yang kotor di dalam baldi itu akan saya basuh pada pagi esok. 3)Pasukan bola jaring sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. / Pasukan sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. 4) Permasalahan sosial dalam / di kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama daripada semua pihak. 5) Kak Yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa/yang kenalan lamanya hendak datang ke rumah. 6) Kehidupan Abang Imran menjadi porak-peranda sejak/setelah diberhentikan kerja pada/sejak tiga bulan yang lepas. 7) Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia dengan secepat yang mungkin. 8) Cikgu Badrul menyiapkan/menyediakan/membuat/membina sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar.Ayat 1, 2 dan 3 adalah betul. Manakala ayat 4 ialah 'Permasalahan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama semua pihak. 5. Kak yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa kenalan lamanya hendak datang ke rumah. Soalan 6 adalah betul. 7. Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia secepat yang mungkin. 8. cikgu Badrul menyiapkan sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
123

Kembali ke atas