Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cuan] | اچوان

Definisi : 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorak­kan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cuan] | اچوان

Definisi : bekas tempat menuang bahan sesuatu yg hendak dibentuk: ~ kuih baulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acuan

Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT ACUAN DAN PEMBUATAN ACUAN

Alat acuan dan pembuatan acuan. Alat

acuan ialah alat pembentuk acuan yang tepat

digunakan untuk membentuk atau memotong

logam atau bahan-bahan lain. Pembuatan acuan

ialah proses pengeluaran acuan.

UMUM 
OKARINA

Okarina ialah alat tiup permainan kecil jenis

wisel. Ia diperbuat daripada tanah liat yang

dibentuk dengan acuan atau plastik, dan

berbentuk seperti telur angsa. Namanya diperoleh

daripada bentuk perkataan dalam bahasa Itali

bermakna angsa. Okarina mempunyai mouth

piece , dan melaluinya, pemain akan menggetarkan

pernafasannya dalam ruang okarina ini. Okarina

mempunyai lapan lubang hingga 10 lubang bagi

membolehkan pemain bermain skala yang mudah.

Tonnya lembut dan merdu. Donati, seorang Itali,

mencipta okarina pada tahun 1860-an, tetapi alat

berbentuk seperti okarina telah ditemui pada

zaman China purba.

UMUM 
MERGENTHALER, OTTMAR

Mergenthaler, Ottmar (1854–1899), mereka

cipta mesin pengatur huruf linotaip. Dia membuat

peranti yang mempunyai papan kekunci yang

menyusun matrik (acuan) untuk huruf dan

mengatur seluruh baris huruf secara serentak.

UMUM 
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM 
PLASTER PARIS

Plaster Paris ialah serbuk berwarna putih yang

menjadi keras dalam masa beberapa minit apabila

dicampurkan dengan air untuk membuat perekat.

Plaster ini digunakan untuk membuat bentuk arca

yang kecil, membuat acuan pembedahan, dan

kegunaan lain.

UMUM 
RESIN SINTETIK

Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian

kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian

kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa

yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi

gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk

dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari

sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke

dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang

menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat

dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain,

kertas dan logam.

UMUM 
SLIGO

Sligo (pend. 17 285) ialah bandar bagi kaunti Sligo

di barat Ireland. Ia merupakan bandar kedua

terbesar di wilayah Connacht. Bandar ini terletak di

sebuah dataran berhampiran Sungai Garavouge,

iaitu di antara Lough Gill dengan laut. Sligo

mempunyai sebuah lapangan terbang dan sebuah

pelabuhan yang baik.

Terdapat beberapa industri di Sligo, termasuk

perikanan, firma membuat acuan dan alat, serta

pemprosesan daging. Keluaran tempatan yang lain

termasuk jam, pembekalan hospital, penimbang,

pita video, dan pakaian wanita.

UMUM 
WAWASAN 2020WAWASAN 2020, wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020.  Wawasan 2020 dicetuskan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia,  dalam ucapannya yang bertajuk “Malaysia Melangkah Ke Hadapan” yang dibentangkan dalam sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 di Kuala Lumpur.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
NILON

Nilon ialah istilah umum bagi kumpulan barang

keluaran sintetik (tiruan). Barang keluaran ini

diperbuat daripada bahan kimia yang diperoleh

daripada batu arang, air, udara, petroleum, keluaran

sampingan pertanian, dan gas asli. Nilon adalah salah

satu penemuan kimia yang paling penting. Ia

merupakan bahan elastik yang teguh yang boleh

dibentuk menjadi gentian, bulu, kepingan, rod, dan

tiub. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk serbuk bagi

kegunaan dalam operasi yang menggunakan acuan.

UMUM 

Kembali ke atas