Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cuan] | اچوان

Definisi : 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorak­kan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cuan] | اچوان

Definisi : bekas tempat menuang bahan sesuatu yg hendak dibentuk: ~ kuih baulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acuan

Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
case mouldacuan selongsongKejuruteraanTiadaAcuan yang telah dibentuk daripada acuan induk dan diguna untuk menghasilkan acuan-acuan kerja.
bolsterpengampuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenyangga atau pelapik acuan ketika acuan menerima tekanan daripada acuan atas.
acuanacuanKesenianTiadaBentuk asas yang dijadikan pengukur sesuatu barang yang hendak dibentuk dan dianyam.Acuan ini boleh diperbuat daripada kayu atau kertas keras,zink,tembaga dan bahan seumpamanya.
mould dressingpenyapuan acuan; sapuan acuanKejuruteraanTiadaTiada
working mouldacuan kerjaKejuruteraanTiadaAcuan yang dibentuk daripada acuan selongsong untuk menghasilkan jasad seramik.
mould locking pincemat acuanKesenianTiadaCemat yang dipasang pada acuan untuk membolehkan acuan dibuka atau dipasang.
slip formacuan gelangsarKejuruteraanKejuruteraan Bangunanacuan yang digunakan dalam pembinaan struktur konkrit tetulang yang boleh dinaikkan secara tegak dan berterusan. acuan ini boleh dinaikkan di dalam sela 150 mm sejam dengan menggunakan jek-jek hidraul. acuan gelangsar juga boleh digerakkan secara mengufuk khususnya dalam pembinaan jalan konkrit.
combination die assemblyhasil pasang acuan gabungan;pemasangan acuan gabungan (proses)KejuruteraanTiadaTiada
formworkacuanKesenianSeni BinaStruktur sementara yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit seperti yang dikehendaki. Acuan hanyalah binaan sementara dan ia perlu dibuka apabila konkrit yang dibentuk itu cukup kuat dan keras. Biasanya, acuan digunakan untuk membina asas, rasuk, tiang, dinding atau tembok bangunan, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. Acuan mestilah mampu menyokong bebannya sendiri dan beban konkrit setelah dituang supaya ia tidak pecah. Antara bahan yang boleh digunakan untuk membina acuan konkrit ialah papan lapis, aluminium, keluli, kaca gentian dan plastik.
bivalve (mould)setangkup (acuan)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik penghasilan artifak logam dengan menggunakan dua acuan yang bertangkup menjadi satu. Bahagian dalamnya dibentuk dengan motif atau corak yang diingini. Pada bahagian atasnya dibuat lubang untuk menuang cairan logam. Setelah proses selesai, acuan akan dibuka untuk mendapatkan artifak. Ciri penggunaan teknik ini boleh dikenal pasti dengan adanya lelehan logam pada bahagian tepi artifak. Tanah liat dibentuk dan diletakkan di dalam acuan untuk menghasilkan artifak bersoket. Acuan ini dapat digunakan berulang kali berbanding dengan acuan cire perdue.
12345678910...

Kembali ke atas