Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ada

Puisi
 

Sirih ada pinang pun ada,
     Saja saya tak bubuh di tepak;
Kasih ada sayang pun ada,
     Sajalah saya tak beri nampak.


Lihat selanjutnya...(330)
Peribahasa

Ada ubi ada talas,
     ada budi ada balas.

Bermaksud :

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(320)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dimensidimensionUkuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajahMenengah Atas
bulanmonthSatu unit masa. Ada 12 bulan dalam setahun. 1 tahun = 12 bulan. Lihat ContohSekolah Rendah
pernyataanstatementSuatu bentuk ayat sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contohnya, 3 kurang daripada 6 (benar), 4 kurang daripada 3 (palsu).Menengah Atas
pengamiranintegrationProses untuk mencari kamiran sama ada kamiran tentu atau kamiran tak tentu dan merupakan proses songsangan bagi pembezaan.Menengah Atas
tak terhinggainfinitePerihal sesuatu yang tidak ada hadnya.Menengah Rendah
sukuanquadrant1. Suku sesuatu bulatan, sama ada sebagai lengkung ataupun kawasan. 2. Salah satu bahagian apabila satah dibahagikan kepada empat bahagian dengan sepasang paksi koordinat. Lihat ContohMenengah Rendah
ujian kebolehbahagiandivisibility testUjian untuk mengetahui sama ada satu nombor boleh dibahagikan secara tepat dengan nombor lain. Contohnya, 336 boleh dibahagi dengan 3 kerana 3 + 3 + 6 =12 dan 12 boleh dibahagi dengan 3, maka 336 boleh dibahagi dengan 3.Menengah Atas
tertib operasiorder of operationsKaedah melakukan operasi sama ada dengan operasi darab dan bahagi dari kiri ke kanan, serta tambah dan tolak dari kiri ke kanan.Menengah Atas
terhinggafinitePerihal sesuatu seperti masa, ruang, tahap atau magnitud yang ada hadnya.Menengah Atas
tak terhinggainfinitePerihal sesuatu seperti masa, ruang, tahap atau magnitud yang tidak ada hadnya.Menengah Atas
12

Kembali ke atas