Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Ada satu Mamak Pelikat,
     Lima tahun balik negeri;
Bubu kuhimpit lagi kuikat,
     Kalau tak kena kupasang lagi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun,
     sudah hendak berumah tangga.

Bermaksud :

Belum cukup umur sudah hendak beristeri.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali A) tidak ada lagi modal / B) tidak lagi ada modal yang boleh melabur dgn membeli barangan. Mana satukah adalah sesuai? Berdasrkan pangkalan data bagi maksud "habis modal", terdapat 2 penjelasan: a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); sekiranya kedua-dua "tidak ada lagi" dan "tidak lagi ada" adalah betul, bolehkah beri penjelasan tentang penggunaannya berserta contoh?"Lagi" ialah kata penegas atau partikel yang berfungsi untuk memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas "lagi" bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaan lagi yang betul adalah seperti yang berikut:
1. tidak ada lagi modal
2. tidak ada modal lagi
3. tidak ada lagi bahan atau idea
4. tidak ada bahan atau idea lagi
Tatabahasa28.03.2014
Masih ada lagi kekosongan di dbp?Masih dan puan boleh semak permohonan jawatan kosong di laman sesawang lamanweb.dbp.gov.myLain-lain24.09.2020
Ahmad Fastaqim ISN 2.30 PTG assalamualaikum, ada lagi tak promosi satu set karya Syed hussain Al-Attas yang harga RM85.00 tu ? tqSalam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain08.05.2017
Apakah terma road rage di dalam Bahasa Malaysia?Belum ada lagi istilah/terjemahan bagi istilah berkenaan dalam sumber rujukan kami. Cadangan daripada pihak kami terjemahan yang sesuai bagi road rage ialah pemanduan agresifMakna26.05.2017
Apakah istilah bahasa melayu untuk "job embeddedness"?Dalam sumber rujukan belum ada lagi padanan untuk istilah job embeddedness, kami sedang berusaha mencari jawapannya dan akan menghubungi pihak puan dalam jangka masa yang terdekat ini.Istilah02.09.2010
bagaimana mahu menggunakan kamus dewan online?

Kamus Dewan dalam talian belum ada lagi. Walau bagaimanapun saudara boleh menyemak perkataan/frasa yang hendak dicari melalui laman sesawang kami prpm.dbp.gov.my, dalam ruang cari, tuliskan perkataan yang dimaksudkan dan saudara boleh melihat dapatan daripada kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya.

Lain-lain19.09.2010
فيرو ذكوان Sep 14th, 2:59am Salam, tumpang tanya fasal iklan jawatan kosong masih ada lagi ke? Saya pernah memohon utk gred 27 tempoh hari. Sekadar bertanyaJawatan Penolong Perancang Bahasa S27 telah diiisi pada awal bulan Ogos yang lalu. DBP akan menyiarkan iklan jawatan kosong dari semasa ke semasa. Untuk itu, sekiranya tuan berminat, tuan bolehlah melayari laman web DBP atau melihat iklan yang disiarkan dalam akhbar utama berbahasa Malaysia yang disiarkan dari semasa ke semasa.Lain-lain14.09.2015
Ejaan: E-mel meng-e-melkan Apa fungsi tanda sempang (-) dlm contoh "meng-e-melkan"? Ada lagi contoh di tempat lain? Terima kasih.Salam sejahtera,

Tanda sempang (-) mempunyai beberapa fungsi, antaranya menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Perkataan e-mel ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu. E-mel ialah kependekan perkataan electronic mail.
Oleh itu, tanda sempang digunakan untuk kependekan dalam ejaan e-mel.

Contoh lain seperti e-penerbitan, e-kad dan e-jurnal.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa27.03.2018
Bagaimana untuk menterjemah "Network Quotient" ke dalam BM?Istilah Network Quotient masih belum ada lagi dalam sistem carian PRPM kami. Merujuk kepada Kamus Komputer maksud Network ialah Rangkaian manakala maksud Quotient ialah darjah, hasil bahagi atau respirasi. Maksud yang sesuai bagi Network Quotient ialah Darjah Rangkaian. Makna31.10.2016
Mohd Zain Nov 8th, 10:42am Assalamualaikum n selamat sejahtera admin...nak tany DBP masih ada lagi ke jual buku zaba tentang manusia itu bergantung kepada dirinya??Alaikumussalam. Buku ini sudah ketiadaan stok di kedai buku Koperasi DBP. Walau bagaimanapun tuan boleh cuba menghubungi Koperasi Universiti Malaya kerana UM telah memborong kesemua buku ini untuk dijual.Lain-lain08.11.2014
12345678910...

Kembali ke atas