Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ruang
Kata Terbitan : ruangan,

Puisi
 

Sirih ada pinang pun ada,
     Saja saya tak bubuh di tepak;
Kasih ada sayang pun ada,
     Sajalah saya tak beri nampak.


Lihat selanjutnya...(330)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
doughnut chartcarta donatTeknologi MaklumatTiadaCarta berbentuk bulatan seperti carta pai tetapi ada ruang kosong di tengah seperti kuih donat atau keria. Carta ini digunakan untuk memvisualkan sumbangan komponen dalam bentuk peratusan dengan jumlah keseluruhan sumbangan semua komponen adalah 100%. Contohnya adalah seperti berikut:
undervaluedterkurang nilaiPentadbiran PerniagaanTiadaHarga dagangan pasaran sekuriti kurang daripada nilai sebenarnya dan masih ada ruang untuk naik.
polyphonypolifoniKesusasteraanTiadaKehadiran suara pelbagai watak dalam novel yang menyampaikan ideologi, pendapat dan sudut pandangan yang bertentangan dalam kritikan sastera. Polifoni berbeza dengan novel konvensional, iaitu suara pengarang yang tunggal adalah dominan sehingga tidak ada ruang untuk suara lain. Novel konvensional bersifat monofoni. Konsep ini digunakan oleh Mikahail Bakhtin merujuk kepada novel ciptaan Dostoevsky sebagai karya polifoni yang berjaya mengutarakan pelbagai suara dan pandangan untuk tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat. Polifoni berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �banyak suara�. Lihat juga monofoni.
alcovealkofKesenianSeni BinaRuang kecil di dalam bilik yang mengunjur ke hadapan dan dibentuk melalui pembinaan dinding dan merupakan sebahagian daripada ruang bilik. Ruang ini lazimnya dibuat bagi menonjolkan keunikannya berbanding ruang-ruang lain, sama ada untuk menarik perhatian, sebagai tempat masuk utama, atau untuk mengelakkan bentuk ruang yang sama. Contohnya, ruang untuk meja bacaan, rak buku atau tempat�solat. Alkof berasal dari perkataan Sepanyol, iaitu �alcoba� atau dari perkataan Arab �alqubbah�. Sinonim petak mengunjur.
anastomosisanastomosisPerubatanTiada1. Suatu hubungan di antara dua saluran. 2. Bukaan di antara dua organ ataupun ruang-ruang yang berasingan, sama ada secara pembedahan atau patologi.
intercellular spaceruang antara selPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRuang yang terdapat di antara sel-sel yang bersebelahan. Ada dua jenis ruang antara sel, iaitu ruang yang mengandungi rembesan seperti saluran damar dan rongga antara sel, dan ruang yang tidak mengandungi rembesan yang disebut ruang interstis.
collenchymakolenkimaBotaniTiadaTisu yang terdiri daripada sel-sel parenkima yang mempunyai penebalan yang tidak sekata pada dindingnya. Penebalan dinding berlaku sama ada pada sudut-sudut sel dinding antiklinal atau pada dinding bersebelahan dengan ruang-ruang antara sel. Dinding sel kolenkima mengandungi selulosa, pektin dan juga kandungan air yang tinggi. Tisu kolenkima yang terdapat dalam batang tumbuhan yang muda memberi sokongan dan kekuatan sementara dan kemudiannya akan hancur dan terserap apabila pertumbuhan sekunder berlaku. Dalam tumbuhan herba, tisu kolenkima kekal dalam batang, petal dan tulang daun.
space orientationorientasi ruangLandskapTiadaPenentuan hala sesuatu ruang sama ada ke sesuatu arah seperti atas, bawah dan sebagainya.
available spaceruang yang adaMatematikTiadaTiada
ventricle of the heartventrikel jantungPerubatanTiadaRuang di bahagian bawah jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh. Ada dua ruang ini yang terdapat pada jantung, iaitu ventrikel kanan dan ventrikel kiri.
123456789

Kembali ke atas