Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ada-ada;

Puisi
 

Sirih ada pinang pun ada,
     Saja saya tak bubuh di tepak;
Kasih ada sayang pun ada,
     Sajalah saya tak beri nampak.


Lihat selanjutnya...(330)
Peribahasa

Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat.

Bermaksud :

Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(320)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah.Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat.Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada bukit, ada paya.Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada umur ada rezeki.Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada nyawa ada rezeki.Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada hari, ada nasi.Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada laut, ada perampok.Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas