Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.gio] | اداݢيو

Definisi : (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg perlahan dan lemah gemalai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adagio


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adagioadagioMuzikTiada

Tempo dalam pergerakan muzik yang perlahan, MM d = 56.

adagioadagioMuzikTiada

1.   Tempo muzik yang perlahan dalam keadaan selesa dan tenang.               Kelajuannya antara andante dengan largo.

2. Merujuk kepada keperluan untuk menggunakan not hiasan dalam            sesuatu karya pada abad ke-18.

piu adagiopiu adagioMuzikTiada

 Arahan kepada pemuzik untuk bermain lebih lambat dari segi kelajuan tempo.

adagiettoadagiettoMuzikTiada

1. Tempo muzik yang lebih cepat daripada adagio.

2. Karya adagio yang pendek.

adagiettoadagiettoMuzikTiada

Tempo dalam pergerakan muzik yang cepat daripada adagio.

adagissimoadagissimoMuzikTiada

Tempo dalam pergerakan muzik yang perlahan daripada adagio.

andanteandanteMuzikTiada

 Tempo yang sederhana lambat, lebih cepat daripada adagio tetapi lebih lambat daripada allegretto.

symphonysimfoniMuzikTiadaKarya orkestra yang merupakan genre utama bagi komposer Zaman Klasik. Istilah sinfonia berasal daripada perkataan La­tin, iaitu symphonia. Simfoni muncul pada awal Zaman Kla­sik dan berkembang hingga akhir Zaman Romantik. Simfoni biasanya mengandungi tiga atau empat gerakan muzik seperti allegro, adagio, menuet atau scherzo, dan presto. Bentuk mu­zik yang digunakan dalam pengkaryaan sebuah simfoni pada Zaman Klasik dan Zaman Romantik ialah bentuk sonata, biner, ternari, rondo, variasi dan sonata rondo. Komposer utama untuk genre ini seperti Haydn, Mozart, Beethoven, Schubert dan Brahms. Lihat juga muzik mutlak.
airairMuzikTiada

Lagu Perancis pada abad ke-17 dan abad ke- 18. Air merupa­kan karya instrumental yang amat popular pada Zaman Barok. Air juga digunakan pada gerakan kedua dalam karya yang mengandungi beberapa gerakan muzik. Air biasanya dalam tempo andante atau adagio dan melodinya agak berlirik. Con-tohnya, Air on the G String daripada Orchestral Suite, No. 3, D major, BWV 1068 oleh J.S. Bach.

EmpfindsamkeitEmpfindsamkeitMuzikTiada

 Gaya muzik Jerman Utara pada pertengahan abad ke-18. Empfindsamkeit wujud serentak dengan style galant dan ro­coco. Ciri utama muzik Empfindsamkeit ialah gaya sensitif, sentimental dan sungguh beremosi. Gaya muzik ini mcngutamakan ekspresi muzik yang berlebih-lebihan, antaranya melalui harmoni kromat, appogiatura, dinamik, kekerapan perubahan tempo dan ton hiasan. Contohnya, gerakan poco adagio dalam Sonata A major, H. 186, Wq, 55/4 (1765) oleh CPE Bach. Sinonim Empfindsamer Stil.

12

Kembali ke atas