Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengenai, perihal: dapat dikemuka­kan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perihal; ttg hal: ~ anak raja itu tersangatlah buas serta nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adapun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. mengapakah adapun dipilih sebagai jawapan? apakah maksud dengan adapun. maafkan saya kerana saya tidak memahami. terima kasih'Adapun' bermaksud mengenai atau perihal. Jadi dalam contoh ayat yang diberikan, 'Perihal kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu'. Contoh ayat ini diambil  daripada laras bahasa Melayu klasik.Ejaan08.07.2008
Adakah perkataan berikut boleh digunakan dalam bahasa Melayu ? 1. adapun 2. apa nama 3. ianya 4. apatah 5. adanyaPerkataan adapun, apatah dan adanya banyak digunakan dalam wacana, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat makna perkataan tersebut.Tatabahasa25.11.2011
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. Bagaimankah soalan ini dijawab?c) Adapun kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. T.kasih.Lain-lain04.07.2008
Adakah terdapat istilah 'ciapan'? Kerana rujukan kepada akhbar dan artikel memetik perkataan ciapan yang membawa erti 'posting' di media sosial. Adapun dapatan lain bagi maksud 'posting' dapat dilihat hantaran media sosial. Terima kasih.

Perkataan “ciapan” bermaksud bunyi yang dikeluarkan oleh anak ayam, burung dan sebagainya. (Kamus Dewan Perdana). Perkataan yang merujuk kepada posting di media sosial ialah “hantaran” atau “twit” (khusus untuk aplikasi Twitter).

Lain-lain04.10.2022
Saya ingin tahu sama ada `pun` harus dijarakkan atau didekatkan?Partikel 'pun' yang membawa maksud juga harus ditulis secara terpisah. Hanya perkataan 'adapun, andaipun,biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimanapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun yang ditulis serangkai.Tatabahasa11.12.2006
apakah jenis penggunaan bahasa melayu yang digunakan dalam akhbar berita harian?Untuk makluman saudara bahasa Melayu adalah bahasa Melayu dan tidak ada pembahagian jenis dalamnya, apa yang membezakan penggunaan bahasa antara syarikat akhbar (jika adapun sedikit sahaja perbezaannya) ialah gaya penulisan (house style) akhbar berkenaan.Lain-lain13.08.2010
Salam Khidmat Nasihat DBP, Disertakan kekeliruan saya dalam tatabahas.1. Kata demi yang bersinonim dengan untuk bertugas membawa makna tujuan seperti rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi/untuk kestabilan negara. Adapun ayat contoh yang diberikan surat pekeliling daripada Kementerian Pelajaran telah ditampal pada papan kenyataan untuk perhatian semua guru. Perkataan untuk dalam ayat tersebut tidak boleh bertukar dengan kata demi kerana untuk dalam ayat ini berfungsi menunjukkan kegunaan sesuatu. Sebaliknya kata untuk dalam ayat tersebut boleh bervariasi dengan bagi.
2. Frasa di mana digunakan dalam ayat tanya. Dalam ayat contoh yang diberi frasa di mana hendaklah digantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai seperti dan.
3. Berdasarkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek. Namun isunya di sini penggunaan kata pemeri adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif seperti "adalah untuk".
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa09.10.2012
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'pun'. haruskah dijarakkan atau dirapatkan? Contoh: ada pun, siapa pun Sekian, terima kasih.

Pun sebagai kata partikel dieja rapat seperti adapun,  walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun, dia pun dan sesiapa pun.  

Tatabahasa17.01.2015
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Saya ada satu pertanyaan dengan perkataan SENTAP dan JEALOUS. Adakah persamaan ke tidak dari 2 perkataan ini. Minta makluman segera dari pihak tuan/puan. Sekian, terima kasihSentap bermaksud menyentap menarik kuat-kuat dengan tiba-tiba. Adapun perkataan sentap yang digunakan dalam bahasa percakapan yang dikaitkan dengan emosi atau cara seseorang respons terhadap sesuatu isu tidak digunakan dalam konteks rasmi. Terjemahan jealous ialah cemburu.Istilah15.09.2015
Kami mendapati bahawa padanan bagi perkataan “natural” dalam Peraturan-Peraturan yang sedang kami semak digunakan secara tidak konsisten. Ada yang dipadankan dengan “asli” dan ada yang dipadankan sebagai “semula jadi”. Apakah padanan yang sewajarnya?Dalam bidang undang-undang, natural diterjemahkan kepada semula jadi. Adapun terjemahan asli yang digunakan bagi menggambarkan maksud genuine tetapi frasa bahasa Inggerisnya dibina dengan perkataan natural.Istilah28.05.2021
1234

Kembali ke atas