Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dat]/[Öa.dat] | عادت

Definisi : 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dat]/[Öa.dat] | عادت

Definisi : peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut ~ orang-orang Melayu. ~ istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. ~ resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1 mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2 mengikut adat (ketika melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat

Puisi
 

Orang berperang jatuh tersungkur,
     Buat kubu sebelah kiri;
Adat di hutan harimau mengambur,
     adat Adat lalang makan api.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi adat.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah).

 

Lihat selanjutnya...(69)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
quaintnessn (sifat) aneh tetapi menarik: the ~ of the customs, adat-adat yg aneh tetapi menarik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ancientadj 1. of early origin, kuno, purba, purbakala: ~ customs, adat-adat kuno; ~ artefacts, artifak purba; 2. very old, a. (of person) sangat tua; b. (of thing) sangat lama: this is a very ~ house, rumah ini sangat lama; c. (of tree) sangat tua; an ~ oak tree, pokok oak yg sangat tua; 3. (esp rel to period before the fall of Western Roman Empirei) kuno, purba, purbakala: ~ Greek philosophers, ahli falsafah Yunani kuno; literature both ~ and modern, kesusasteraan purba dan moden; ~ history, a. sejarah /purba, kuno, purbakala/; b. (fig.) cerita /lama, basi/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
punctiliousadj 1. strict observance of etiquette, penuh /adab, tertib/: he was ~ in his observance of such customs, dia mematuhi adat-adat itu dgn penuh adab; 2. scrupulous, very exact, hati-hati, teliti, cermat: he brings to his job a ~ attention to detail, dlm membuat kerja-kerjanya, dia sangat teliti thdp perkara-perkara yg terperinci.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
resurrectvt 1. raise from the dead, /membangkitkan, menghidupkan/ semula; 2. revive, menghidupkan /semula, kembali/: old customs which have been ~ed, adat-adat lama yg telah dihidupkan semula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
respectern person having respect for st, orang yg menghormati: it is well-known that he is above all a ~ of these traditions, sudah terkenal bahawa dia sangat menghormati adat-adat ini; /be no, not be any/ ~ of persons, tdk mengenal sesiapa: illness is no ~ of persons, penyakit tdk mengenal sesiapa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conventionaladj 1. based on convention, menurut /adat kebiasaan, (adat) resam/: he was accorded the ~ welcome, dia diberi sambutan menurut adat kebiasaan; ~ propriety, sopan santun menurut adat kebiasaan; 2. following, conforming to what is customary, lazim, konvensional; (of person) konvensional: a ~ design, corak konvensional; ~ methods, kaedah konvensional; he is not at all ~, dia sama sekali tdk konvensional; 3. (of weapon, warfare, etc) biasa: ~ weapons, senjata biasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hangovern 1. after-effects of alcoholic overindulgence, pening krn terlalu banyak minum; 2. st that remains, peninggalan: these customs are ~s from the past, adat-adat ini ialah peninggalan zaman lampau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
customn 1. tradition of a society, adat (resam): local ~s, adat resam tempatan; to study the manners and ~s of the aboriginal people, mengkaji adab sopan dan adat resam orang-orang asli; 2. habitual practice, kebiasaan, kelaziman: it is the ~ in our family to celebrate birthdays and anniversaries, sudah menjadi kelaziman dlm keluarga kami merayakan hari lahir dan hari ulang tahun; 3. patronage, langganan: she withdrew her ~ and shopped elsewhere, dia menarik balik langganannya dan membeli di tempat lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ceremonialn adat istiadat: court ~, adat istiadat istana.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
old3. (of thing etc) not new, no longer in good condition, no longer used, lama: the ~ house has withstood the test of time, rumah lama itu tahan dimakan usia; a shop that sells ~ clothes, kedai yg menjual pakaian lama; this bread is a bit ~, roti ini sudah agak lama; ~ customs that are being revived, adat-adat lama yg makin diamalkan semula; a synthesis of ~ and new ideas, paduan gagasan-gagasan lama dan baru; she took the ~ road to Seremban, dia mengikut jalan lama ke Seremban;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas