Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza dua frasa ini? 1. Adat resam 2. tradisi

Adat resam” bermaksud adat (aturan) yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum (daerah dll), merangkumi kebiasaan atau kelaziman manusia daripada segi perbuatan, berpakaian, makan, menghias diri dan sebagainya.

Manakala “tradisi” ialah  sesuatu kebiasaan merangkumi aspek  (adat, kepercayaan, cara hidup, dll) yang  telah diamalkan sejak lama dan diwarisi secara turun-temurun daripada generasi kepada  generasi seterusnya dan  menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb).

Makna07.05.2020
Apa beza tatasusila dengan tatacaraTatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yg baik manakala tatacara bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur.Makna06.03.2007
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007
1. makna-acilut, -adat periuk berkerak, adat lesung berdedak 2. perbezaan antara 'menasihatkan orang' dengan 'menasihati orang'

1.  Perkataan acilut - tidak ada dalam sumber rujukan kami, berkemungkinan acilut ialah slanga yang dituturkan dalam kalangan kelompok tertentu sahaja. Peribahasa Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak bermaksud berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;

2.  Menasihatkan orang bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar; manakala menasihati orang bermaksud memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kepada.... Kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maknanya tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Bezanya ialah perkataan menasihati mestilah diikuti dengan orang contohnya, menasihati Ali, manakala menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu, contohnya menasihatkan berbuat kebaikan

Makna26.01.2010
Abu menasihati pelancong itu supaya menghormati tatacara/tatasusila masyarakat di rumah panjang itu. Mana lebih tepat-tatacara atau tatasusilaPerkataan yang lebih tepat adalah tatacara yang bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur.Makna06.03.2007
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Adat Resam di dalam satu persatuan ataupun kelab? 2. Peranan dan tanggungjawab,

1. Adat Resam dalam persatuan atau kelab merujuk kepada perkara lazim dan kebiasaan yang telah diterima oleh majoriti anggota atau ahli sesuatu persatuan/kelab tersebut.

2. Peranan dan tanggungjawab yang dimaksudkan ialah tatacara serta jadual kerja yang biasanya telah  digariskan kepada seseorang yang memegang jawatan tersebut.

Lain-lain09.02.2009
Tuan ayat mana yang betul? 1) Kebanyakan penduduk daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. 2) Kebanyakan penduduk di daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Kebanyakan penduduk di daerah Naning mengamalkan adat Perpatih.Tatabahasa06.06.2012
bincangkan slah satu adat resam dan tabu masyarakat melayu dahulu dan kini

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut:

1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
Adat resam dan adat istiadat Melayu1&Kata=Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed">Alwi Sheikh Al-Hadi, SyedDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1986390.09595 AlwTerperinci
Adat resam dan adat istiadat Melayu1&Kata=Syed Alwi Sheikh Al-Hadi">Syed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1960390.09595 AlwTerperinci
Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu1&Kata=Syed Alwi Sheikh Al-Hadi">Syed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1978301.29595 AlwTerperinci
Adat resam dan adat istiadat Melayu1&Kata=Syed Alwi Sheikh Al-Hadi">Syed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1980390.9595 AlwTerperinci
Adat resam Melayu dan adat istiadat1&Kata=Syed Alwi Sheikh al-Hadi">Syed Alwi Sheikh al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1960NA 301.09595 SyeTerperinci
Asal Usul Adat Resam Melayu1&Kata=H.M. Sidin">H.M. SidinPenerbitan Pustaka Antara1964301.539 SidTerperinci

Lain-lain03.05.2008
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini.

Sila rujuk bahan ini :

Adat resam dan adat istiadat Melayu | 1&Kata=Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed">Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986

Orang Melayu banyak cipta adat | 1&Kata=Ahmad Idris">Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007

"Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | 1&Kata=Zalila Sharif">Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996

Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | 1&Kata=Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim">Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003

Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | 1&Kata=Noor Aina Dani">Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002

Tanda Dalam Masyarakat Melayu | 1&Kata=Mohamad Shahidan">Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002

Lain-lain03.05.2008
soalan kefahaman Pemahaman dan penghayatan semangat 1 malaysia sebenarnya tidak terbatas pada keadaan saling mengenali dalam kalanan masyarakat majmuk ini tetapi sebenarnya ia menuntut pemahaman yang lebih mendalam terhadap adat dan kebudaya sesuatu kaum,berikan pendapat anda?? bagaimanakah saya menjawab soalan ini??apakah isi yang diperlukan?Bagi menjawab soalah jenis pendapat, tuan perlu memahami pertanyaan utama. Tuan perlu mengemukakan idea mengenai masyarakat majmuk, adat dan kebudayaan sesuatu kaum. Tuan juga perlu memberi pandangan berkenaan isu dan idea baru pemahaman terhadap adat dan kebudayaan. Bagi tujuan itu, tuan perlu banyak membaca tentang adat dan kebudayaan.Tatabahasa25.10.2013
1234567

Kembali ke atas